Didalam Amalan,ada janji Allah,bersama janji Allah,ada Qudrat(Kekuasaan)Allah(yang Allah sertakan).
Didalam asbab kebendaan,tidak ada sebarang janji Allah.
Dan tidaklah juga Allah sertakan bersama-samanya Qudrat(Kekuasaan)NYA.
(kata-kata hikmah Alim-Ulamak)
Terbaik sekali,anda tetapkan 1 masa dimana anda dapat duduk di 1 tempat yang anda dapat wiridkan ia dengan penuh tawajjuh(yakni kosenterasi).Matikan telefon bimbit anda.Pastikan anda dalam keadaan berwudhuk.
Cara mengamalkannya yang kedua (2) :
Anda boleh sahaja mewiridkannya sambil berbaring atau sambil buat kerja-kerja yang lain.Dalam keadaan berwudhuk pun boleh,tanpa wudhuk pun boleh.
Wiridkan dahulu selawat Qadiriah yang berikut sebagai pembukaan amalan,sebanyak 11 kali.
"Wahai Allah Dikau curahkanlah rahmatMu keatas penghulu kami Baginda Muhammad saw (dengan kadar bilangan) sebanyak bilangan (jenis) penyakit danjuga (jenis) penawar serta Dikau berkatilah Baginda serta selamat sejahterakanlah Baginda(ya Allah)"
Setelah itu,Wiridkanlah pula selawat Qadiriah yang berikut sebagai penutup amalan,sebanyak 11 kali.
Amalan selawat ini,daku (murid haji) telah menerimanya dari guru tareqat Qadiriah mahmudiah yang berusia 126 tahun pada tahun 2005 di kampong “diir baala” di negeri diir,daerah sarhad NWFP,Pakistan.
Dan sehingga kini beliau masih hayat,alhamdulillah.
Amalan ini jika kita mahu gunakan untuk merawat,maka ia ada mahar amalannya supaya amalan ini lebih “masin”dikala digunakan untuk merawat.
Jika anda berminat untuk beramal dengannya secara khusus,bolehlah hubungidaku (murid haji) di emailkumurid_haji@yahoo.com,suarakanhasrat murni anda disana terlebih dahulu.
Kerana amalan yang secara khusus,sunnahnya ialah ianya diterima secara khusus juga.
Mafhum daripada sabdaan Nabi saw bahawa “ seketika keresahan/susah-hati/tension yang melanda damai hati seseorang mukmin itu,gara-gara hilangnya sesuatu barang miliknya maka ia akan menjadi kifarah bagi dosa-dosanya”
Tetapi haruslah diingat bahawa kita janganlah berkeluh-kesah @ menyumpah-nyumpah tatkala diuji dengan ujian sebegini,malah bawalah bersabar sambil mengharapkan ganjaran dan pengampunan dari Allah swt.
Berikut ini di kemukakan amalan yang harus dilakukan pada tika dan saat itu.
Kelebihannya ialah sama ada :
Allah pulangkan kepada kita akan apa yang telah hilang dari kita atau
Allah gantikan untuk kita,barang apa yang lebih baik dari apa yang telah hilang dari kita.
Ianya adalah dijamin benar,dengan syarat,kita mestilah:
Berbaik sangka dengan Allah. (kerana janji Allah “DAKU akan perbuat terhadap hamba-hambaKu seperti sangkaan mereka kepadaKu”)
Bersabar sambil mengharapkan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah untuk kita. (kerana janji Allah “sesungguhnya Allah itu pasti sekali bersama dengan orang yang bersabar”)
Terus bertetap teguh memohon bantuan dan pertolonganNYA dengan penuh pengharapan. (kerana janji Allah “Wahai hambaKu,mohonlah hajat keperluanmu dariKU,nescaya pasti Ku tunaikan permintaanmu”)
Dan MAHA SUCI ALLAH daripada sifat memungkiri janji.Kerana memungkiri janji adalah cirri-ciri keberhajatan seseorang itu dan ini hanyalah sifat makhluk ciptaan Allah sahaja.
Apabila anda kehilangan sesuatu,maka pada tika dan saat itu,bacalah zikir/doa berikut sebanyak sebelas (11) kali:
اِنَّا لِله وَاِنَّا اِلَيْهِ راجِعُوْنَ
Ertinya:
“sesungguhnya kami ini adalah milik Allah.Dan sesungguhnya hanya kepadaNYA lah jua kami kembali mengadu (akan segala) hal keadaan kami,(baik senang maupun susah,suka maupun duka)”
Kemudian diikuti dengan membaca doa berikut sekali:
“Wahai Allah,berikanlah ganjaran kepadaku diatas musibah/ujian yang menimpaku ini dan (DIKAU) gantikanlah buatku dengan apa yang lebih baik dari apa yang telah hilang dariku (ya Allah)”
Jalan cerita yang berkaitan dengan doa diatas:
Adalah disebutkan didalam kitab “kesah-kesah para sahabat” bahawa seorang sahabat Nabi saw telah kematian suami.Dia amat menyintai suaminya lalu dia datang mengadu kepada Baginda mengenai hal gundah-gulananya.dan ujar beliau “pada pendapatku,tiada lelaki lagi yang sebaik arwah suamiku” Lalu Rasulullah mengajari beliau doa diatas.Lalu beliau pun mula mengamalkannya.
Maka selepas tamat sahaja iddahnya,ternyata Allah telah memperkenankan doanya berpandukan isi kandungan doa tersebut iaitu “Dikau gantikanlah bagiku barang apa yang lebih baik dari apa yang telah luput/hilang dariku ya Allah” dengan datangnya utusan Baginda Nabi saw untuk meminangnya.
Bahan Renungan bersama:
Subhanallah…adakah sesiapa lagi yang lebih baik dari Baginda Muhammad saw???Betapa Allah telah mendengari doanya dan telah menggantikan suaminya yang telah pergi buat selama-lamanya itu dengan lelaki yang terafdhal dari kalangan manusia,iaitu Baginda Rasul,Muhammad saw…..
Maha Benar Allah didalam segala janji-janjiNYA.
Kaifiat/Cara Mengamalkannya ialah:
Setiap kali bila kita kehilangan barang.
Setiap kali ingatan kepada milik kita yang hilang itu kembali segar didalam ingatan.
Selepas setiap sembahyang fardhu.
Keterangan Penting:
“Barang yang hilang”bukanlah terbatas kepada benda sahaja,malah apa sahaja yang hilang dari kita.
* Sebarang pertanyaa,silalah hantar ke email murid_haji@yahoo.com
“Wahai Allah…Sesungguhnya Daku/kami memohon kepadaMu segala jenis kebaikan,kebaikan dunia dan juga akhirat,jenis yang aku /kami tahu dan juga jenis yang aku/kami tidak tahu,(ya Allah). Dan aku/kami berlindung denganMu daripada segala jenis kejahatan,(sama ada) kejahatan dunia dan juga akhirat, ,jenis yang aku /kami tahu dan juga jenis yang aku/kami tidak tahu,(ya Allah).”
Nota Peringatan:
Lafaz yang ditulis dalam kurungan,adalah untuk lafaz yang digunakan dikala memohon bagi pihak ramai
Kata Para Alim-Ulamak: Lafaz-lafaz doa/skrip doa doa yang diungkapkan oleh seluruh para wali Allah dimuka bumi ini tidak dapat menandingi
keberkatan dan juga nur (cahaya)
kemujaraban
keluasan makna pengertian doa
yang ada tersirat didalam sepotong doa Baginda Nabi saw,yang tersangat ringkas lagi pendek.
Kesimpulannya:
Lantaran itu para ulamak menganjurkan/menyarankan supaya seseorang itu lebih mengutama kan doa doa yang pernah diungkapkan oleh Baginda Nabi saw,melebihi daripada doa para-para wali Allah yang lain,biarpun disegi zahirnya,doa Baginda ringkas sahaja manakala doa ahlullah pula kebiasaannya adalah panjang isi kandungannya.
Peringatan Untuk Anda:
Kemungkinan anda akan menghadapi masalah bila anda membuka blog ini,khususnya diruangan-ruangan yang di tulis padanya tulisan arab dengan menggunakan font tulisan yang mungkin pc anda tidak mempunyainya.
Maka kerumitan yang anda akan hadapi ialah:
·Pada tulisan arab itu,anda hanya akan dapat melihat beraneka jenis corak atau
·Tulisan arabnya itu akan bertukar kepada font arab yang mungkin sukar bagi anda untuk membacanya.
Maka jika anda menghadapi masalah sedemikian,dan anda ingin juga untuk membaca @ menyalin amalan yang tertera didalam tulisan arab itu,maka sila smskan ke no 0060-19-5548914 dengan lafaz berikut:
“saya menghadapi masalah untuk membaca@ menyalin amalan <> yang anda muatkan dalam blog penawarkalbumu anda,sila emailkan ke email saya yang berikut <>”
Hari-hari selepas isyak,dalam keadaan berwudhuk,sambil menutup aurat (ada baiknya berpakaian sembahyang) mengadap kearah kiblat.Mulakan dengan beristighfar 3 kali.Sekurang-kurangnya dengan lafaz istighfar yang berikut ini:
“Daku beristighfar memohon ampun kepada Allah daripada segala jenis dosa yang telah terlaku olehku dan daku bertaubat (yakni kembali mentaati) kepadanya”
Kemudian,mulakan dengan berselawat sebanyak 11 atau 21 kali.Sekurang-kurangnya dengan lafaz seperti berikut:
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَّعَلَى
اَلِ مُحَمَّدٍ وَّسَلِّمْ
Setelah itu wiridkanlah ayat berikut ini sebanyak 100 kali.
“Wahai Tuhanku…sesungguhnya daku sangat2lah berhajat/memerlukan kepada anugerahMu yang Dikau turunkan kepada makhluk ciptaanMu”
Kemudian tutuplah semula amalan diatas dengan berselawat juga sebanyak 11 atau 21 kali dengan lafaz yang sama.
Keterangan:
Setiap kali baca,bila sampai pada lafaz فَقِيْرٌ,sambil menyebutnya, panjangkan lafaz tersebut,dan bayangkanlah akan segala halangan-rintangan cubaan serta dugaan yang anda hadapi dalam hajat murni anda untuk mendapatkan pasangan hidup yang anda impi2kan selama ini.
Lakukan amalan ini berterusan tanpa berputus asa dan tanpa ada rasa buruk sangka kepada Allah seperti
“uhhmm..aku ni seorang yang banyak berdosa,mana laaaah doaku akan didengari oleh Allah”
Kerana Allah akan perbuat terhadap hambaNYA sepertimana sangkaan sihamba kepadaNYA.
Jika datang perasangka seperti itu,maka lekas-lekaslah beristighfar memohon ampun dari Allah.
Hamba Murid Haji,telah menerima amalan ini dari Guru TareQat Qadiriah yang berasal dari kazaqistan,rusia dan berdarah Ahlul bait (yakni keturunan Rasulullah)
Adalah disebutkan didalam kitab karangan imam Abil Hasan Syadzili rahimahullah yang berjudul “Sirrul Jaliil” bahawa “Barangsiapa yang mahu supaya Allah swt
mencukupinya(yakni memeliharainya) dari kejahatan makhluk ciptaanNYA
murahkan rezkinya
campakkan cinta terhadapnya kedalam hati makhluk ciptaanNYA(yakni makhluk-makhluk Allah menyintainya)
luaskan segala segala jenis kesempitan yang dihadapinya/yang membelenggunya
maka hendaklah dia mewiridkan “hasbunallaa hu wani’mal wakiil”
Berikut Daku sebutkan cara mewiridkannya.
Mula-mula bacalah dulu Bismillah sebagai pembukaannya.
Kata Ahlullah(yakni para wali Allah) lagi “Barangsiapa yang berpegang teguh beramal dengannya,maka dia akan dapati bahawa Allah akan menyelesaikan segala masalahnya/ kerumitannya/kesusahannya yang dihadapi olehnya dengan cara yang aneh lagi luar biasa”
Demikian yang termaktub didalam kitab beliau dalam bab yang
ke 5.
Nota Penting:
Imam Abil Hasan Syadzili adalah pengasas Hizbul Bahar yang masyhur dikalangan para ulamak dan juga pengasas bagi selawat Munjiyat yang juga masyhur dikalangan para ulamak.
Tidaklah ada seorang hamba pun yang menadah tangan memohon doa kepada Allah selepas setiap sembahyang kemudian dia menyebut lafaz doa berikut ini (yang terjemahnya adalah seperti berikut)
“Ya Allah Ya Tuhanku,dan juga Tuhan kepada Ibrahim,IshaQ ,Ya’Qub aihimus salam dan juga Tuhan kepada malaikat jibril,Mikaeil,Israfil alaihimus salam.Daku memohon kepada Mu,agar Dikau menerima/memper kenankan doaku,kerana sesungguhnya daku ini adalah hambaMu yg dalam keadaan terdesak ditindas oleh keadaan,dan agar Dikau peliharaiku dalam agamaku kerana sesungguhnya Daku ini adalah hambaMu yang mudah teruji dan agar Dikau meliputiku dgn rahmatMu kerana sesungguhnya daku ini seorang pelaku dosa dan agar Dikau hapuskan dariku kemiskinan kerana daku memang miskin”
melainkan menjadi kewajipan keatas Allah untuk tidak pulangkan tangannya di dalam keadaan hampa.
Doa ini,menurut ulamak,ianya hanya diriwayatkan oleh 2 orang sahabat sahaja,iaitu Saidina Buraidah aslamiyy dan juga Saidatina Aisyah r.anha. Mengenai doa ini,Baginda Rasul s.a.w Telah bersabda yang mafhumnya "Barangsiapa yang Allah cinta kepadanya nescaya Allah akan berikan taufik kepada sihamba tadi untuk membaca doa ini" Berikut ini,saya tuliskan tulisan arabnya dan juga terjemahnya untuk anda:
"Ya Allah Ya Tuhanku....Sesungguhnya Daku ini adalah hambaMu yang lemah tidak berdaya, Oleh itu,Dikau kuatkanlah daku didalam perkara2/urusan2 mencari keredhaanMu. Dan dikau libatkanlah daku didalam amalan2/perkara2/urusan2 yang meredhakanMu,biarpun hatiku tidak suka sekalipun.Dan Dikau jadikanlah penyerahan diriku kepada segala kehendakMu ini,sebagai perkara yang paling2 ku cintai... Ya Allah ya Tuhanku...Sesungguhnya Daku ini adalah hambaMu yang lemah tidak berdaya, Oleh itu,oleh itu,Dikau kuatkanlah daku... Dan daku ini adalah hambaMu yang hina-dina,oleh itu dikau muliakanlah daku...Dan daku ini adalah hambaMu yang fakir miskin,oleh itu,Dikau kayakanlah daku dengan rahmatMu,wahai Allah yang Maha Pengasihani..." Semoga Allah beri taufik kepada kita semua untuk terus menta'atinya dengan sebenar2 ta'at,hingga keakhir hayat kita,amin,amin,amin ya Allah...
Nota Peringatan:
Jika Anda ingin bertanyakan sesuatu berkaitan dgn amalan dalam blog ini maka bolehlah menghubungi murid haji di talian yang telah tertera.
Seperkara lagi yang anda harus ingat,ialah untuk meningkatkan semangat anda dalam memohon doa kepada Yang Maha Pemberi,maka ada baiknya anda klik kan dalam arkib blog sebelah kanan anda ini.Dan pilih (yakni klik) karangan “Oktober(16) 2009”.Dan dalam tu anda klik lah judul :
Pengertian “doa itu diterima”
Ayoh!jom kita renung sejenak
Renung betul-betul isi kandungannya.Dan bacalah berulang-ulang kali.Semoga ia mendatangkan menafaat besar kepada anda,amin3…
Jika sekiranya kita terpandang akan sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku,atau kita lihat seseorang hamba Allah di timpa bala musibah atau di jangkiti penyakit yang amat menakutkan maka sudah tentu sekali kita amat ingin sekali agar kita tidak di timpa dengan bala musibah atau mala petaka tersebut....Oleh itu Baginda Rasulullah s.a.w yang Allah telah utus kepada kita selaku pembimbing manusia,Baginda juga adalah tabib(yakni perawat) rohani bagi ummat manusia... dalam hal yang telah kita sebutkan di atas,Baginda ada mengajari kita,ummatnya jalan untuk selamat dari terkena atau di timpa bala musibah yang kita takuti tadi. Mengenai doa tersebut Baginda telah bersabda yang mafhumnya "bilamana seseorang itu membaca doa tersebut tatkala melihat sesuatu bala musibah atau kemalangan yang berlaku atau menimpa seseorang itu,maka Allah s.w.t akan peliharai nya dari musibah yang yang di takutinya tadi dan dia tidak akan terkena lagi musibah/kemalangan tersebut
Berikut ini adalah doa yang telah di maksudkan oleh Baginda s.a.w itu.
"Alhamdulillaa hilladzii 'aafaanii mim mabtalaahu bihii..wa fadhdholanii 'alaa katsiirim mimman kholaQo tafdhiilaa..." . Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang telah meng'afiatkan daku daripada apa yang telah ditimpakan keatas orang itu dan telah memberi kelebihan kepadaKu(yakni dengan memeliharai daku) dengan kelebihan yang banyak,daripada makhluk ciptaanNya."
Cara Membacanya ialah: Dibaca pada tika dan saat kita melihat sesuatu yang tidak di ingini itu berlaku...
Jika kita berpeluang untuk menziarahi orang sakit,maka mengenainya Baginda Rasulullah s.a.w ada mengajari kita satu doa yang dibaca ketika menziarahi orang sakit yang mana mengenai doa tersebut Baginda telah bersabda yang mafhumnya "Jika sekiranya orang yang kamu ziarahi itu,yang telah kamu bacakan doa ketika menziarahinya itu,masih belum tiba ajalnya,maka dengan berkat doa tadi,Allah pasti sekali akan menyembuhkannya."
Cara Membacanya ialah: Dibaca di samping kepala {tidak di samping kepala pun boleh}pesakit sebanyak 7 kali.
Doanya adalah seperti berikut:
"As alullaa hal 'adhziim Robbal 'arsyil 'adhziim,an yasyfiaka" (untuk perempuan pula harus di guna lafaz : an yasyfiaki)
Saranan Untuk Keluarga Pesakit:
Anda tuliskan doa ini dalam tulisan arabnya dan juga rumi nya(supaya yang boleh baca arab,dia baca arabnya dan yang hanya boleh baca doa dalam tulisan rumi,dia baca doa dalam tulisan rumi)Dan letakkan di samping pesakit anda.Dan setiap orang yang datang menziarahinya,tidak kira orang luar atau adik beradik,mintalah tolong agar mereka bacakan doa ini di samping pesakit anda sebanyak 7 kali.Dengan itu anda akan mendapat bekalan doa orang beriman yang banyak untuk penyembuhan bagi pesakit anda yang mungkin terdiri dari orang yang anda amat sayangi. Dan hendaklah kita yakin bahawa doa-doa orang yang beriman tidak akan Allah abaikan begitu saja.
(sebarang pertanyaan,bolehlah anda mesejkan kepada Murid_Haji)
Cara untuk merawat secara kecemasan (baik untuk diri sendiri@ untuk orang lain)bagi menghilangkan Gundah_Gulana(yakni tension/serabut fikiran @ yang seerti dengannya) yang membelenggu fikiran dalam keadaan semasa/terkini ialah dengan:
pesakit berkenaan,kita talkinkan dengan lemah lembut,penuh kasihSayang,untuk dia bersegera membaca/mewiridkan "Laa hawla walaa Quwwata illaa billaa hil 'aliyyil 'adhziim".sekurang-kurangnya 300 kali.Pada permulaan,untuk bangkitkan semangat nya,maka eloklah kita baca bersama-sama dengannya,paling tidak,100 kali.Setelah dia agak kelihatan pulih,maka suruh dia sendiri membacanya.Sekurang2nya 300 kali dalam masa 24 jam.Cuba fahamkan dia mengenai kelebihan HauQalah (yakni "Laa Hawla walaa Quwwata illaa billaa hil 'aliyyil 'adhziim").iaitu ia adalah penawar bagi 99 jenis penyakit.Yang paling lekeh di antara 99 jenis tadi ialah gundah-gulana yang sebangsa dengan penyakit gila.
Bila sudah reda tekanan tensionnya itu,sediakan dia dengan lemah lembut,penuh kasih-sayang untuk memberati sembahyang sehari semalam 5 waktu di awal waktu.(kalau lelaki,secara berjemaah di masjid). Kerana jika dia abaikan yang fardhu ini,maka janji Allah ialah Allah akan sempitkan kehidupannya.
Pastikan istirehat malamnya harus cukup.Sekurang2nya 6 jam dan normalnya ialah 8 jam.(khususnya dimasa sedang menghidapi penyakit tension ini).Jangan kurang dari 6 jam dan jangan lebih dari 8 jam.
Jika Anda ingin bertanyakan sesuatu berkaitan dgn amalan dalam blog ini maka bolehlah menghubungi murid haji di talian yang telah tertera.
Seperkara lagi yang anda harus ingat,ialah untuk meningkatkan semangat anda dalam memohon doa kepada Yang Maha Pemberi,maka ada baiknya anda klik kan dalam arkib blog sebelah kanan anda ini.Dan pilih (yakni klik) karangan “Oktober(16) 2009”.Dan dalam tu anda klik lah judul :
Pengertian “doa itu diterima”
Ayoh!jom kita renung sejenak
Renung betul-betul isi kandungannya.Dan bacalah berulang-ulang kali.Semoga ia mendatangkan menafaat besar kepada anda,amin3…
Bagi merawati anak yang lembap mindanya @ bebal maka kata Ahlullah,hendaklah di bacakan * Bismillaa hir rohmaanir rohiim * sebanyak 786 kali,lalu di tiupkan ke dalam air.Dan kemudian air itu di buat minum bagi si anak tersebut.
Nota Penting:
Lakukan amalan pembacaan 786 kali Bismillaah itu selama 7 hari berturut-turut.
Sebaik-baiknya di gunakan air hujan untuk tujuan rawatan berkenaan tadi.
Air yang belum di masak(air hidup)Air yang telah siap di jampi bolehlah di gunakan untuk makan minum si anak tadi. Maknanya,air tadi boleh juga dibancuhkan untuk sebarang minuman tambahan seperti milo,teh,kopi dan sebagainya.Tetapi afdhalnya(yakniyang terbaik sekali) ialah,biarkan air itu di minum sebagai air puteh sebagai air penawar.
Selamat mengamalkannya dan selamat menikmati kesannya.
Barangsiapa yang anaknya degil(tidak mahu dengar nasihat),maka pada waktu pagi, letakkanlah tapak tanganya ke bahagian dahi si anak tadi lalu,sambil mendonggak/memandang kelangit,bacalah :
*Ya Allaahul-muQiit*
sebanyak 21 kali.
*Sebaik-baiknya,biarlah si ayah yang buat amalan di atas tadi.Disamping membuat amalan di atas,Si Ayah juga kenalah berdoa khusus untuk Si Anak tadi.Kerana Mafhum Hadis Nabi s.a.w bahawa "Ada 2 perkara/benda,yang mana antaranya dengan Allah tidak ada hijab.(yakni bila ia terbit maka akan langsung sampai kepada Allah s.w.t tanpa sebarang hadangan lagi.)
* Kalimah Laa ilaa ha illallaah *
* Doa seorang Bapa untuk Si Anaknya *
Tempoh Mengamalkannya: Amalkanlah berterusan selama 41 berturut2.nescaya dengan izin Allah,si anak tadi
akan menta'ati ke dua orang TuaNya.
[ dipetik daripada kitab dalam bahasa urdhu yang berjudul "Bayaadhu Auliya' cetakan maktabatul 'ilm,halaman 238 ]
Petua Ke 2: Agar Anak-Anak Menjadi Anak Yang Sukakan Kebaikan,Mula Bencikan Keburukan.
ianya berkaitan dengan makan minum seseorang itu.Sekiranya makan minum seseorang bersumber dari sumber yang haram seperti: *Rasuah,*Riba,*Curi dan sebagainya. Maka naluri seseorang yang telah memakan sumber sebegini akan menjadi naluri yang kotor. Dia akan * sukakan maksiat-bencikan ketaatan,* mudah untuk membuat maksiat-berat untuk buat amalan soleh. * Bila masuk kedalam suasana amalan yang soleh,dia akan kepanasan,hatinya akan resah-gelisah. * Didalam mesjid sahaja pun dia tidak akan dapat duduk lama-lama. * Darinya akan lahir zuriat-zuriat/jenerasi para pendurkaha kepada yang Maha Pencipta.Ma'aadzallaah,Ma'aadzallaah,Ma'aadzallaah. Ini semua adalah berpunca dari makanan yang sumbernya haram. Lantaran itu ahlullah(yakni Wali Allah)menyarankan satu kaedah yang dengannya makanan yang di makan oleh seseorang itu akan mengandungi nur/cahaya.Dan selama mana makanan itu berada di dalam perutnya maka makanan itu akan terus berzikir kepada Allah. Kesannya ialah bilamana makanan yang terkandung di dalam perut seseorang itu berzikir kepada Allah,maka akan sukar bagi orang itu untuk cenderung kearah maksiat.Malah dia akan mudah terdorong kearah amalan ketaatan kepada Allah s.w.t. Sekeras mana sekalipun hati seseorang itu,bilamana dia memakan makanan seumpama ini selama 40 hari berturut-turut sahaja,maka kata ahlullah tersebut"orang tersebut pasti sekali akan berubah" Kaifiatnya/Cara Pengamalannya:
Memandangkan urusan memasak di rumah biasanya dikendalikan oleh kaum ibu,maka si ibu (khususnya) dan sesiapa sahaja yang mahu memasak (umumnya)hendaklah memberati perkara berikut ini;
Pastikan anda dalam keadaan * berwudhuk dan * menutup kepala,sekurang-kurangnya jangan biarkan ternampak walau sehelai rambut sekalipun,sebelum memulakan urusan memasak.
Sebarang kerja-buat dalam urusan memasak,dimulakan dengan bismillah.
Sepanjang urusan memasak,sibukkan lidah dengan berzikir kepada Allah.
Jangan sekali-kali pasang muzik sewaktu urusan memasak sedang berjalan.
Wahai SaudaraKu... Janganlah pula anda merasa ianya satu yang membebankan kerana ia adalah untuk kebaikan anda dan zuriat/jenerasi anda sendiri.
Kepada Allahlah jua kita mohon taufik untuk mengamalkannya dan DIAlah sahaja tempat meminta bantuan dan pertolongan.
[pengarang terima ramuan ini daripada seorang syeikh tasawwuf yang berasal dari chechnia]