Rabu, 2 Disember 2009

Kelebihan Doa Saidina Buraidah Aslamiyy r.anhu

Doa ini,menurut ulamak,ianya hanya diriwayatkan oleh 2 orang sahabat sahaja,iaitu Saidina Buraidah aslamiyy dan juga Saidatina Aisyah r.anha.
Mengenai doa ini,Baginda Rasul s.a.w Telah bersabda yang mafhumnya "Barangsiapa yang Allah cinta kepadanya nescaya Allah akan berikan taufik kepada sihamba tadi untuk membaca doa ini"
Berikut ini,saya tuliskan tulisan arabnya dan juga terjemahnya untuk anda:

اَللَّهُمَّ اِنِّيْ ضَعِيْفٌ.فَقَوِّ فِيْ رِضَاكَ ضُعْفِيْ،وَخُذْ اِلَى الْخَيْرِ بِنَاصِيَتِيْ،وَاجْعَلِ الْأِسْلاَمَ مُنْتَهَى رِضَآئِيْ* اَللَّهُمَّ اِنِّيْ ضَعِيْفٌ، فَقَوِّنِيْ،وَاِنِّيْ ذَلِيْلٌ فَأَعِزَّنِيْ، وَاِنِّيْ فَقِيْرٌ فَاَغْنِنِي،بِرَحْمَتِكَ يَآ اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ



"Ya Allah Ya Tuhanku....Sesungguhnya Daku ini adalah hambaMu yang lemah tidak berdaya, Oleh itu,Dikau kuatkanlah daku didalam perkara2/urusan2 mencari keredhaanMu.

Dan dikau libatkanlah daku didalam amalan2/perkara2/urusan2 yang meredhakanMu,biarpun hatiku tidak suka sekalipun.Dan Dikau jadikanlah penyerahan diriku kepada segala kehendakMu ini,sebagai perkara yang paling2 ku cintai...


Ya Allah ya Tuhanku...Sesungguhnya Daku ini adalah hambaMu yang lemah tidak berdaya, Oleh itu,oleh itu,Dikau kuatkanlah daku...


Dan daku ini adalah hambaMu yang hina-dina,oleh itu dikau muliakanlah daku...Dan daku ini adalah hambaMu yang fakir miskin,oleh itu,Dikau kayakanlah daku dengan rahmatMu,wahai Allah yang Maha Pengasihani..."

Semoga Allah beri taufik kepada kita semua untuk terus menta'atinya dengan sebenar2 ta'at,hingga keakhir hayat kita,amin,amin,amin ya Allah...

Nota Peringatan:

Jika Anda ingin bertanyakan sesuatu berkaitan dgn amalan dalam blog ini maka bolehlah menghubungi murid haji di talian yang telah tertera.

  • Seperkara lagi yang anda harus ingat,ialah untuk meningkatkan semangat anda dalam memohon doa kepada Yang Maha Pemberi,maka ada baiknya anda klik kan dalam arkib blog sebelah kanan anda ini.Dan pilih (yakni klik) karangan “Oktober(16) 2009”.Dan dalam tu anda klik lah judul :
  1. Pengertian “doa itu diterima”
  2. Ayoh!jom kita renung sejenak

Renung betul-betul isi kandungannya.Dan bacalah berulang-ulang kali.Semoga ia mendatangkan menafaat besar kepada anda,amin3…