Isnin, 19 Oktober 2009

Amalan Untuk Anak Menjadi Ta'at

Barangsiapa yang anaknya degil(tidak mahu dengar nasihat),maka pada waktu pagi, letakkanlah tapak tanganya ke bahagian dahi si anak tadi lalu,sambil mendonggak/memandang kelangit,bacalah :

*Ya Allaahul-muQiit*

sebanyak 21 kali.

*Sebaik-baiknya,biarlah si ayah yang buat amalan di atas tadi.Disamping membuat amalan di atas,Si Ayah juga kenalah berdoa khusus untuk Si Anak tadi.Kerana Mafhum Hadis Nabi s.a.w bahawa "Ada 2 perkara/benda,yang mana antaranya dengan Allah tidak ada hijab.(yakni bila ia terbit maka akan langsung sampai kepada Allah s.w.t tanpa sebarang hadangan lagi.)
  1. * Kalimah Laa ilaa ha illallaah *
  2. * Doa seorang Bapa untuk Si Anaknya *

Tempoh Mengamalkannya:

Amalkanlah berterusan
selama 41 berturut2.nescaya dengan izin Allah,si anak tadi
  • akan menta'ati ke dua orang TuaNya.

[ dipetik daripada kitab dalam bahasa urdhu yang berjudul "Bayaadhu Auliya' cetakan maktabatul 'ilm,halaman 238 ]

Petua Ke 2:
Agar Anak-Anak Menjadi Anak Yang Sukakan Kebaikan,Mula Bencikan Keburukan.

ianya berkaitan dengan makan minum seseorang itu.Sekiranya makan minum seseorang bersumber dari sumber yang haram seperti:
*Rasuah,*Riba,*Curi dan sebagainya.
Maka naluri seseorang yang telah memakan sumber sebegini akan menjadi naluri yang kotor. Dia akan * sukakan maksiat-bencikan ketaatan,* mudah untuk membuat maksiat-berat untuk buat amalan soleh. * Bila masuk kedalam suasana amalan yang soleh,dia akan kepanasan,hatinya akan resah-gelisah. * Didalam mesjid sahaja pun dia tidak akan dapat duduk lama-lama. * Darinya akan lahir zuriat-zuriat/jenerasi para pendurkaha kepada yang Maha Pencipta.Ma'aadzallaah,Ma'aadzallaah,Ma'aadzallaah.
Ini semua adalah berpunca dari makanan yang sumbernya haram.

Lantaran itu ahlullah(yakni Wali Allah)menyarankan satu kaedah yang dengannya makanan yang di makan oleh seseorang itu akan mengandungi nur/cahaya.Dan selama mana makanan itu berada di dalam perutnya maka makanan itu akan terus berzikir kepada Allah.
Kesannya ialah bilamana makanan yang terkandung di dalam perut seseorang itu berzikir kepada Allah,maka akan sukar bagi orang itu untuk cenderung kearah maksiat.Malah dia akan mudah terdorong kearah amalan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Sekeras mana sekalipun hati seseorang itu,bilamana dia memakan makanan seumpama ini selama 40 hari berturut-turut sahaja,maka kata ahlullah tersebut "orang tersebut pasti sekali akan berubah"
Kaifiatnya/Cara Pengamalannya:
Memandangkan urusan memasak di rumah biasanya dikendalikan oleh kaum ibu,maka si ibu (khususnya) dan sesiapa sahaja yang mahu memasak (umumnya) hendaklah memberati perkara berikut ini;
  • Pastikan anda dalam keadaan * berwudhuk dan * menutup kepala,sekurang-kurangnya jangan biarkan ternampak walau sehelai rambut sekalipun,sebelum memulakan urusan memasak.
  • Sebarang kerja-buat dalam urusan memasak,dimulakan dengan bismillah.
  • Sepanjang urusan memasak,sibukkan lidah dengan berzikir kepada Allah.
  • Jangan sekali-kali pasang muzik sewaktu urusan memasak sedang berjalan.
Wahai SaudaraKu...
Janganlah pula anda merasa ianya satu yang membebankan kerana ia adalah untuk kebaikan anda dan zuriat/jenerasi anda sendiri.

Kepada Allahlah jua kita mohon taufik untuk mengamalkannya dan DIAlah sahaja tempat meminta bantuan dan pertolongan.

[pengarang terima ramuan ini daripada seorang syeikh tasawwuf yang berasal dari chechnia]


Tiada ulasan: