Ahad, 13 Jun 2010

Kelebihan/Khasiat Hasbunallaa hu wani’mal Wakiil

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

Adalah disebutkan didalam kitab karangan imam Abil Hasan Syadzili rahimahullah yang berjudul “Sirrul Jaliil” bahawa “Barangsiapa yang mahu supaya Allah swt

  • mencukupinya(yakni memeliharainya) dari kejahatan makhluk ciptaanNYA
  • murahkan rezkinya
  • campakkan cinta terhadapnya kedalam hati makhluk ciptaanNYA(yakni makhluk-makhluk Allah menyintainya)
  • luaskan segala segala jenis kesempitan yang dihadapinya/yang membelenggunya

maka hendaklah dia mewiridkan “hasbunallaa hu wani’mal wakiil”

Berikut Daku sebutkan cara mewiridkannya.

Mula-mula bacalah dulu Bismillah sebagai pembukaannya.

بِسْمِ اللهِ عَلَى هَذِهِ النِّيَّاتِ، وَعَلَى كُلِّ نِيَّاتٍ صَالِحَاتٍ، وَعَلَى نِيَّةِ الْأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلَآئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ وَاَوْلِيَآئِكَ الْمُتَّقِيْنَ وَمَشَآئِخِنَا الْمُخْلِصِيْنَ*

Kemudian susuli dengan menghadiahkan pahala Al-Fatehah kepada Baginda Rasul saw,dengan lafaz berikut:

اِلَى رُوْحِ النَّبِيِّ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ،وَاِلَى سَيِّدِ وَخَاتَمِ الْأَوْلِيَآءِ قَدَّسَ اللهُ سِرَّهُ،وَ جَمِيْعِ الْأَنْبِيَآءِ وَالْأَوْلِيَآءِ وَالْمَشَآئِخِ وَالْأَسَاتِذَةِ، فِيْ جَمِيْعِ السَّلاَسِلَةِ،اَصُوْلِهِمْ وَفُرُوْعِهِمْ، اَلْفَاتِحَةْ

Setelah itu,barulah wiridkan

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

sebanyak 450 kali setiap hari.Dan setelah sempurna bilangan tersebut,maka susuli dengan membaca ayat berikut sebanyak 7 kali.

* اَلَّذِيْنَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوْالَكُمْ

فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيْمَانًا،وَقَالُوْا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ *

Kemudian pada kali yang ke 7,tambahlah sekali perenggan ayat yang berikut:

* فَانْقَلَبُوْا بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللهِ وَفَضْلٍ لَّمْ يَمْسَسْهُمْ سُوْءٌ وَّاتَّبَعُوْا رِضْوَانَ اللهِ،وَاللهُ ذُوْ فَضْلٍ عَظِيْمٍ *

Kata Ahlullah(yakni para wali Allah) lagi “Barangsiapa yang berpegang teguh beramal dengannya,maka dia akan dapati bahawa Allah akan menyelesaikan segala masalahnya/ kerumitannya/kesusahannya yang dihadapi olehnya dengan cara yang aneh lagi luar biasa”

Demikian yang termaktub didalam kitab beliau dalam bab yang

ke 5.

Nota Penting:

Imam Abil Hasan Syadzili adalah pengasas Hizbul Bahar yang masyhur dikalangan para ulamak dan juga pengasas bagi selawat Munjiyat yang juga masyhur dikalangan para ulamak.

Tiada ulasan: