Ahad, 13 Jun 2010

Amalan Untuk Dipermudahkan Jodoh

Hari-hari selepas isyak,dalam keadaan berwudhuk,sambil menutup aurat (ada baiknya berpakaian sembahyang) mengadap kearah kiblat.Mulakan dengan beristighfar 3 kali.Sekurang-kurangnya dengan lafaz istighfar yang berikut ini:

اَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبِّيْ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَّاَتُوْبُ اِلَيْهِ

“Daku beristighfar memohon ampun kepada Allah daripada segala jenis dosa yang telah terlaku olehku dan daku bertaubat (yakni kembali mentaati) kepadanya”

Kemudian,mulakan dengan berselawat sebanyak 11 atau 21 kali.Sekurang-kurangnya dengan lafaz seperti berikut:



اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَّعَلَى

اَلِ مُحَمَّدٍ وَّسَلِّمْ

Setelah itu wiridkanlah ayat berikut ini sebanyak 100 kali.



رَبِّ إِنِّيْ لِمَآ اَنْزَلْتَ اِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ

“Wahai Tuhanku…sesungguhnya daku sangat2lah berhajat/memerlukan kepada anugerahMu yang Dikau turunkan kepada makhluk ciptaanMu”

Kemudian tutuplah semula amalan diatas dengan berselawat juga sebanyak 11 atau 21 kali dengan lafaz yang sama.

Keterangan:

Setiap kali baca,bila sampai pada lafaz فَقِيْرٌ ,sambil menyebutnya, panjangkan lafaz tersebut,dan bayangkanlah akan segala halangan-rintangan cubaan serta dugaan yang anda hadapi dalam hajat murni anda untuk mendapatkan pasangan hidup yang anda impi2kan selama ini.

Lakukan amalan ini berterusan tanpa berputus asa dan tanpa ada rasa buruk sangka kepada Allah seperti

“uhhmm..aku ni seorang yang banyak berdosa,mana laaaah doaku akan didengari oleh Allah”



Kerana Allah akan perbuat terhadap hambaNYA sepertimana sangkaan sihamba kepadaNYA.

Jika datang perasangka seperti itu,maka lekas-lekaslah beristighfar memohon ampun dari Allah.



Hamba Murid Haji,telah menerima amalan ini dari Guru TareQat Qadiriah yang berasal dari kazaqistan,rusia dan berdarah Ahlul bait (yakni keturunan Rasulullah)

Tiada ulasan: