Cara mengamalkannya yang pertama (1) :
Terbaik sekali,anda tetapkan 1 masa dimana anda dapat duduk di 1 tempat yang anda dapat wiridkan ia dengan penuh tawajjuh(yakni kosenterasi).Matikan telefon bimbit anda.Pastikan anda dalam keadaan berwudhuk.
Cara mengamalkannya yang kedua (2) :
Anda boleh sahaja mewiridkannya sambil berbaring atau sambil buat kerja-kerja yang lain.Dalam keadaan berwudhuk pun boleh,tanpa wudhuk pun boleh.
Wiridkan dahulu selawat Qadiriah yang berikut sebagai pembukaan amalan,sebanyak 11 kali.
وَّاَلِهِ وَعِتْرَتِهِ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَّكَ
Kemudian,wiridkan selawat penawar yang berikut sebanyak 100 kali
بِعَدَدِ كُلِّ دَآءٍ وَدَوَآءٍ وَّبَارِكْ وَسَلِّمْ
Ertinya:
"Wahai Allah Dikau curahkanlah rahmatMu keatas penghulu kami Baginda Muhammad saw (dengan kadar bilangan) sebanyak bilangan (jenis) penyakit dan juga (jenis) penawar serta Dikau berkatilah Baginda serta selamat sejahterakanlah Baginda(ya Allah)"
وَّاَلِهِ وَعِتْرَتِهِ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَّكَ
Nota:
Amalan selawat ini,daku (murid haji) telah menerimanya dari guru tareqat Qadiriah mahmudiah yang berusia 126 tahun pada tahun 2005 di kampong “diir baala” di negeri diir,daerah sarhad NWFP,Pakistan.
Dan sehingga kini beliau masih hayat,alhamdulillah.
Amalan ini jika kita mahu gunakan untuk merawat,maka ia ada mahar amalannya supaya amalan ini lebih “masin” dikala digunakan untuk merawat.
Kerana amalan yang secara khusus,sunnahnya ialah ianya diterima secara khusus juga.
Wabillaa hit taufiiq,Wallaa hul musta’aan….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan