Selasa, 15 Jun 2010

Untuk Barang Yang Hilang


Mafhum daripada sabdaan Nabi saw bahawa “ seketika keresahan/susah-hati/tension yang melanda damai hati seseorang mukmin itu,gara-gara hilangnya sesuatu barang miliknya maka ia akan menjadi kifarah bagi dosa-dosanya”
Tetapi haruslah diingat bahawa kita janganlah berkeluh-kesah @ menyumpah-nyumpah tatkala diuji dengan ujian sebegini,malah bawalah bersabar sambil mengharapkan ganjaran dan pengampunan dari Allah swt.
Berikut ini di kemukakan amalan yang harus dilakukan pada tika dan saat itu.
Kelebihannya ialah sama ada :
  • Allah pulangkan kepada kita akan apa yang telah hilang dari kita atau
  • Allah gantikan untuk kita,barang apa yang lebih baik dari apa yang telah hilang dari kita.
Ianya adalah dijamin benar,dengan syarat,kita mestilah:
  • Berbaik sangka dengan Allah. (kerana janji Allah “DAKU akan perbuat terhadap hamba-hambaKu seperti sangkaan mereka kepadaKu”)
  • Bersabar sambil mengharapkan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah untuk kita. (kerana janji Allah “sesungguhnya Allah itu pasti sekali bersama dengan orang yang bersabar”)
  • Terus bertetap teguh memohon bantuan dan pertolonganNYA dengan penuh pengharapan. (kerana janji Allah “Wahai hambaKu,mohonlah hajat keperluanmu dariKU,nescaya pasti Ku tunaikan permintaanmu”)
Dan MAHA SUCI ALLAH daripada sifat memungkiri janji.Kerana memungkiri janji adalah cirri-ciri keberhajatan seseorang itu dan ini hanyalah sifat makhluk ciptaan Allah sahaja.
Apabila anda kehilangan sesuatu,maka pada tika dan saat itu,bacalah zikir/doa berikut sebanyak sebelas (11) kali:


اِنَّا لِله وَاِنَّا اِلَيْهِ راجِعُوْنَ


Ertinya:
“sesungguhnya kami ini adalah milik Allah.Dan sesungguhnya hanya kepadaNYA lah jua kami kembali mengadu (akan segala) hal keadaan kami,(baik senang maupun susah,suka maupun duka)”
Kemudian diikuti dengan membaca doa berikut sekali:


اَللَّهُمَّ اْجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ،وَاخْلُفْ لِيْ خَيْرًا مِّنْهَا


“Alloohumma’jurnii fii mushiibatii,wakhluflii khoirom minhaa”
Ertinya:
“Wahai Allah,berikanlah ganjaran kepadaku diatas musibah/ujian yang menimpaku ini dan (DIKAU) gantikanlah buatku dengan apa yang lebih baik dari apa yang telah hilang dariku (ya Allah)”
Jalan cerita yang berkaitan dengan doa diatas:
Adalah disebutkan didalam kitab “kesah-kesah para sahabat” bahawa seorang sahabat Nabi saw telah kematian suami.Dia amat menyintai suaminya lalu dia datang mengadu kepada Baginda mengenai hal gundah-gulananya.dan ujar beliau “pada pendapatku,tiada lelaki lagi yang sebaik arwah suamiku” Lalu Rasulullah mengajari beliau doa diatas.Lalu beliau pun mula mengamalkannya.
Maka selepas tamat sahaja iddahnya,ternyata Allah telah memperkenankan doanya berpandukan isi kandungan doa tersebut iaitu “Dikau gantikanlah bagiku barang apa yang lebih baik dari apa yang telah luput/hilang dariku ya Allah” dengan datangnya utusan Baginda Nabi saw untuk meminangnya.
Bahan Renungan bersama:
Subhanallah…adakah sesiapa lagi yang lebih baik dari Baginda Muhammad saw???Betapa Allah telah mendengari doanya dan telah menggantikan suaminya yang telah pergi buat selama-lamanya itu dengan lelaki yang terafdhal dari kalangan manusia,iaitu Baginda Rasul,Muhammad saw…..
Maha Benar Allah didalam segala janji-janjiNYA.
Kaifiat/Cara Mengamalkannya ialah:
  1. Setiap kali bila kita kehilangan barang.
  2. Setiap kali ingatan kepada milik kita yang hilang itu kembali segar didalam ingatan.
  3. Selepas setiap sembahyang fardhu.
Keterangan Penting:
“Barang yang hilang”bukanlah terbatas kepada benda sahaja,malah apa sahaja yang hilang dari kita.
* Sebarang pertanyaa,silalah hantar ke email murid_haji@yahoo.com

Tiada ulasan: