Khamis, 22 Oktober 2009

Antara Langkah Mungubati Tension/Gila

Cara untuk merawat secara kecemasan (baik untuk diri sendiri@ untuk orang lain)bagi menghilangkan Gundah_Gulana(yakni tension/serabut fikiran @ yang seerti dengannya) yang membelenggu fikiran dalam keadaan semasa/terkini ialah dengan:

  • pesakit berkenaan,kita talkinkan dengan lemah lembut,penuh kasihSayang,untuk dia bersegera membaca/mewiridkan "Laa hawla walaa Quwwata illaa billaa hil 'aliyyil 'adhziim".sekurang-kurangnya 300 kali.Pada permulaan,untuk bangkitkan semangat nya,maka eloklah kita baca bersama-sama dengannya,paling tidak,100 kali.Setelah dia agak kelihatan pulih,maka suruh dia sendiri membacanya.Sekurang2nya 300 kali dalam masa 24 jam.Cuba fahamkan dia mengenai kelebihan HauQalah (yakni "Laa Hawla walaa Quwwata illaa billaa hil 'aliyyil 'adhziim").iaitu ia adalah penawar bagi 99 jenis penyakit.Yang paling lekeh di antara 99 jenis tadi ialah gundah-gulana yang sebangsa dengan penyakit gila.
  • Bila sudah reda tekanan tensionnya itu,sediakan dia dengan lemah lembut,penuh kasih-sayang untuk memberati sembahyang sehari semalam 5 waktu di awal waktu.(kalau lelaki,secara berjemaah di masjid). Kerana jika dia abaikan yang fardhu ini,maka janji Allah ialah Allah akan sempitkan kehidupannya.
  • Pastikan istirehat malamnya harus cukup.Sekurang2nya 6 jam dan normalnya ialah 8 jam.(khususnya dimasa sedang menghidapi penyakit tension ini).Jangan kurang dari 6 jam dan jangan lebih dari 8 jam.

Jika Anda ingin bertanyakan sesuatu berkaitan dgn amalan dalam blog ini maka bolehlah menghubungi murid haji di talian yang telah tertera.

  • Seperkara lagi yang anda harus ingat,ialah untuk meningkatkan semangat anda dalam memohon doa kepada Yang Maha Pemberi,maka ada baiknya anda klik kan dalam arkib blog sebelah kanan anda ini.Dan pilih (yakni klik) karangan “Oktober(16) 2009”.Dan dalam tu anda klik lah judul :
  1. Pengertian “doa itu diterima”
  2. Ayoh!jom kita renung sejenak

Renung betul-betul isi kandungannya.Dan bacalah berulang-ulang kali.Semoga ia mendatangkan menafaat besar kepada anda,amin3…

Tiada ulasan: