Khamis, 26 November 2009

Amalan Penawar Untuk Ziarahi Orang Sakit

Jika kita berpeluang untuk menziarahi orang sakit,maka mengenainya Baginda Rasulullah s.a.w ada mengajari kita satu doa yang dibaca ketika menziarahi orang sakit yang mana mengenai doa tersebut Baginda telah bersabda yang mafhumnya "Jika sekiranya orang yang kamu ziarahi itu,yang telah kamu bacakan doa ketika menziarahinya itu,masih belum tiba ajalnya,maka dengan berkat doa tadi,Allah pasti sekali akan menyembuhkannya."

Cara Membacanya ialah:
Dibaca di samping kepala {tidak di samping kepala pun boleh}pesakit sebanyak 7 kali.

Doanya adalah seperti berikut:

"As alullaa hal 'adhziim Robbal 'arsyil 'adhziim,an yasyfiaka"
(untuk perempuan pula harus di guna lafaz : an yasyfiaki)


Saranan Untuk Keluarga Pesakit:

Anda tuliskan doa ini dalam tulisan arabnya dan juga rumi nya(supaya yang boleh baca arab,dia baca arabnya dan yang hanya boleh baca doa dalam tulisan rumi,dia baca doa dalam tulisan rumi)Dan letakkan di samping pesakit anda.Dan setiap orang yang datang menziarahinya,tidak kira orang luar atau adik beradik,mintalah tolong agar mereka bacakan doa ini di samping pesakit anda sebanyak 7 kali.Dengan itu anda akan mendapat bekalan doa orang beriman yang banyak untuk penyembuhan bagi pesakit anda yang mungkin terdiri dari orang yang anda amat sayangi.
Dan hendaklah kita yakin bahawa doa-doa orang yang beriman tidak akan Allah abaikan begitu saja.

(sebarang pertanyaan,bolehlah anda mesejkan kepada Murid_Haji)

Tiada ulasan: