Isnin, 14 Jun 2010

Doa Nabi saw Yang Ringkas Lafaznya Tetapi Luas Maknanya

اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْئَلُكَ{ اِنَّا نَسْئَلُكَ } مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ،عَاجِلِهِ وَاَجِلِهِ،مَاعَلِمْتُ {مَاعَلِمْنَا} مِنْهُ وَمَالَمْ اَعْلَمْ

{ وَمَالَمْ نَعْلَمْ } . وَاَعُوْذُبِكَ {وَنَعُوْذُبِكَ} مِنَ الْشَّرِّ كُلِّهِ، عَاجِلِهِ وَاَجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ {مَاعَلِمْنَا} مِنْهُ

وَمَالَمْ اَعْلَمْ { وَمَالَمْ نَعْلَمْ }.

Ertinya:

“Wahai Allah…Sesungguhnya Daku/kami memohon kepadaMu segala jenis kebaikan,kebaikan dunia dan juga akhirat,jenis yang aku /kami tahu dan juga jenis yang aku/kami tidak tahu,(ya Allah). Dan aku/kami berlindung denganMu daripada segala jenis kejahatan,(sama ada) kejahatan dunia dan juga akhirat, ,jenis yang aku /kami tahu dan juga jenis yang aku/kami tidak tahu,(ya Allah).”

Nota Peringatan:

Lafaz yang ditulis dalam kurungan,adalah untuk lafaz yang digunakan dikala memohon bagi pihak ramai

Kata Para Alim-Ulamak:
Lafaz-lafaz doa/skrip doa doa yang diungkapkan oleh seluruh para wali Allah dimuka bumi ini tidak dapat menandingi

  • keberkatan dan juga nur (cahaya)
  • kemujaraban
  • keluasan makna pengertian doa

yang ada tersirat didalam sepotong doa Baginda Nabi saw,yang tersangat ringkas lagi pendek.

Kesimpulannya:
Lantaran itu para ulamak menganjurkan/menyarankan supaya seseorang itu lebih mengutama kan doa doa yang pernah diungkapkan oleh Baginda Nabi saw,melebihi daripada doa para-para wali Allah yang lain,biarpun disegi zahirnya,doa Baginda ringkas sahaja manakala doa ahlullah pula kebiasaannya adalah panjang isi kandungannya.

Peringatan Untuk Anda:

Kemungkinan anda akan menghadapi masalah bila anda membuka blog ini,khususnya diruangan-ruangan yang di tulis padanya tulisan arab dengan menggunakan font tulisan yang mungkin pc anda tidak mempunyainya.

Maka kerumitan yang anda akan hadapi ialah:

· Pada tulisan arab itu,anda hanya akan dapat melihat beraneka jenis corak atau

· Tulisan arabnya itu akan bertukar kepada font arab yang mungkin sukar bagi anda untuk membacanya.

Maka jika anda menghadapi masalah sedemikian,dan anda ingin juga untuk membaca @ menyalin amalan yang tertera didalam tulisan arab itu,maka sila smskan ke no 0060-19-5548914 dengan lafaz berikut:

“saya menghadapi masalah untuk membaca@ menyalin amalan <> yang anda muatkan dalam blog penawarkalbumu anda,sila emailkan ke email saya yang berikut <>”


Tiada ulasan: