Ahad, 13 Jun 2010

Doa istimewa untuk selepas Solat fardhu dan juga Sunat.

مَا مِنْ عَبْدٍ بَسَطَ كَفَّيْهِ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثُمَّ يَقُوْلُ

"أَللَّهُمَّ إِلَهِيْ وَإِلَهَ إِبْرَاهِيْمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوْبَ وَإِلَهَ جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ وَإِسْرَافِيْلَ أَسْئَلُكَ أَنْ تَسْتَجِيْبَ دَعْوَتِيْ فَإِنِّيْ مُضْطَرٌّ*وَتَعْصِمَنِيْ فِيْ دِيْنِيْ فَإِنِّيْ مُبْتَلٍى وَتُنَالِيَنِيْ بِرَحْمَتِكَ فَإِنِّيْ مُذْنِبٌ وَتُنْفِيَ عَنِّيْ اْلفَقْرَ فَإِنِّيْ مُتَمَسْكِنٌ"

إلاَّ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ لاَّ يَرُدَّ يَدَيْهِ خَائِبِيْنَ *

Ertinya:

Tidaklah ada seorang hamba pun yang menadah tangan memohon doa kepada Allah selepas setiap sembahyang kemudian dia menyebut lafaz doa berikut ini (yang terjemahnya adalah seperti berikut)

“Ya Allah Ya Tuhanku,dan juga Tuhan kepada Ibrahim,IshaQ ,Ya’Qub aihimus salam dan juga Tuhan kepada malaikat jibril,Mikaeil,Israfil alaihimus salam.Daku memohon kepada Mu,agar Dikau menerima/memper kenankan doaku,kerana sesungguhnya daku ini adalah hambaMu yg dalam keadaan terdesak ditindas oleh keadaan,dan agar Dikau peliharaiku dalam agamaku kerana sesungguhnya Daku ini adalah hambaMu yang mudah teruji dan agar Dikau meliputiku dgn rahmatMu kerana sesungguhnya daku ini seorang pelaku dosa dan agar Dikau hapuskan dariku kemiskinan kerana daku memang miskin”

melainkan menjadi kewajipan keatas Allah untuk tidak pulangkan tangannya di dalam keadaan hampa.

Tiada ulasan: