Khamis, 22 Oktober 2009

Antara Langkah Mungubati Tension/Gila

Cara untuk merawat secara kecemasan (baik untuk diri sendiri@ untuk orang lain)bagi menghilangkan Gundah_Gulana(yakni tension/serabut fikiran @ yang seerti dengannya) yang membelenggu fikiran dalam keadaan semasa/terkini ialah dengan:

  • pesakit berkenaan,kita talkinkan dengan lemah lembut,penuh kasihSayang,untuk dia bersegera membaca/mewiridkan "Laa hawla walaa Quwwata illaa billaa hil 'aliyyil 'adhziim".sekurang-kurangnya 300 kali.Pada permulaan,untuk bangkitkan semangat nya,maka eloklah kita baca bersama-sama dengannya,paling tidak,100 kali.Setelah dia agak kelihatan pulih,maka suruh dia sendiri membacanya.Sekurang2nya 300 kali dalam masa 24 jam.Cuba fahamkan dia mengenai kelebihan HauQalah (yakni "Laa Hawla walaa Quwwata illaa billaa hil 'aliyyil 'adhziim").iaitu ia adalah penawar bagi 99 jenis penyakit.Yang paling lekeh di antara 99 jenis tadi ialah gundah-gulana yang sebangsa dengan penyakit gila.
  • Bila sudah reda tekanan tensionnya itu,sediakan dia dengan lemah lembut,penuh kasih-sayang untuk memberati sembahyang sehari semalam 5 waktu di awal waktu.(kalau lelaki,secara berjemaah di masjid). Kerana jika dia abaikan yang fardhu ini,maka janji Allah ialah Allah akan sempitkan kehidupannya.
  • Pastikan istirehat malamnya harus cukup.Sekurang2nya 6 jam dan normalnya ialah 8 jam.(khususnya dimasa sedang menghidapi penyakit tension ini).Jangan kurang dari 6 jam dan jangan lebih dari 8 jam.

Jika Anda ingin bertanyakan sesuatu berkaitan dgn amalan dalam blog ini maka bolehlah menghubungi murid haji di talian yang telah tertera.

  • Seperkara lagi yang anda harus ingat,ialah untuk meningkatkan semangat anda dalam memohon doa kepada Yang Maha Pemberi,maka ada baiknya anda klik kan dalam arkib blog sebelah kanan anda ini.Dan pilih (yakni klik) karangan “Oktober(16) 2009”.Dan dalam tu anda klik lah judul :
  1. Pengertian “doa itu diterima”
  2. Ayoh!jom kita renung sejenak

Renung betul-betul isi kandungannya.Dan bacalah berulang-ulang kali.Semoga ia mendatangkan menafaat besar kepada anda,amin3…

Rabu, 21 Oktober 2009

Penawar Untuk Anak Yang Bebal/Lemah Minda

Bagi merawati anak yang lembap mindanya @ bebal maka kata Ahlullah,hendaklah di bacakan * Bismillaa hir rohmaanir rohiim * sebanyak 786 kali,lalu di tiupkan ke dalam air.Dan kemudian air itu di buat minum bagi si anak tersebut.

Nota Penting:
  • Lakukan amalan pembacaan 786 kali Bismillaah itu selama 7 hari berturut-turut.
  • Sebaik-baiknya di gunakan air hujan untuk tujuan rawatan berkenaan tadi.
  • Air yang belum di masak(air hidup)Air yang telah siap di jampi bolehlah di gunakan untuk makan minum si anak tadi. Maknanya,air tadi boleh juga dibancuhkan untuk sebarang minuman tambahan seperti milo,teh,kopi dan sebagainya.Tetapi afdhalnya(yakniyang terbaik sekali) ialah,biarkan air itu di minum sebagai air puteh sebagai air penawar.
Selamat mengamalkannya dan selamat menikmati kesannya.

Isnin, 19 Oktober 2009

Amalan Untuk Anak Menjadi Ta'at

Barangsiapa yang anaknya degil(tidak mahu dengar nasihat),maka pada waktu pagi, letakkanlah tapak tanganya ke bahagian dahi si anak tadi lalu,sambil mendonggak/memandang kelangit,bacalah :

*Ya Allaahul-muQiit*

sebanyak 21 kali.

*Sebaik-baiknya,biarlah si ayah yang buat amalan di atas tadi.Disamping membuat amalan di atas,Si Ayah juga kenalah berdoa khusus untuk Si Anak tadi.Kerana Mafhum Hadis Nabi s.a.w bahawa "Ada 2 perkara/benda,yang mana antaranya dengan Allah tidak ada hijab.(yakni bila ia terbit maka akan langsung sampai kepada Allah s.w.t tanpa sebarang hadangan lagi.)
  1. * Kalimah Laa ilaa ha illallaah *
  2. * Doa seorang Bapa untuk Si Anaknya *

Tempoh Mengamalkannya:

Amalkanlah berterusan
selama 41 berturut2.nescaya dengan izin Allah,si anak tadi
  • akan menta'ati ke dua orang TuaNya.

[ dipetik daripada kitab dalam bahasa urdhu yang berjudul "Bayaadhu Auliya' cetakan maktabatul 'ilm,halaman 238 ]

Petua Ke 2:
Agar Anak-Anak Menjadi Anak Yang Sukakan Kebaikan,Mula Bencikan Keburukan.

ianya berkaitan dengan makan minum seseorang itu.Sekiranya makan minum seseorang bersumber dari sumber yang haram seperti:
*Rasuah,*Riba,*Curi dan sebagainya.
Maka naluri seseorang yang telah memakan sumber sebegini akan menjadi naluri yang kotor. Dia akan * sukakan maksiat-bencikan ketaatan,* mudah untuk membuat maksiat-berat untuk buat amalan soleh. * Bila masuk kedalam suasana amalan yang soleh,dia akan kepanasan,hatinya akan resah-gelisah. * Didalam mesjid sahaja pun dia tidak akan dapat duduk lama-lama. * Darinya akan lahir zuriat-zuriat/jenerasi para pendurkaha kepada yang Maha Pencipta.Ma'aadzallaah,Ma'aadzallaah,Ma'aadzallaah.
Ini semua adalah berpunca dari makanan yang sumbernya haram.

Lantaran itu ahlullah(yakni Wali Allah)menyarankan satu kaedah yang dengannya makanan yang di makan oleh seseorang itu akan mengandungi nur/cahaya.Dan selama mana makanan itu berada di dalam perutnya maka makanan itu akan terus berzikir kepada Allah.
Kesannya ialah bilamana makanan yang terkandung di dalam perut seseorang itu berzikir kepada Allah,maka akan sukar bagi orang itu untuk cenderung kearah maksiat.Malah dia akan mudah terdorong kearah amalan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Sekeras mana sekalipun hati seseorang itu,bilamana dia memakan makanan seumpama ini selama 40 hari berturut-turut sahaja,maka kata ahlullah tersebut "orang tersebut pasti sekali akan berubah"
Kaifiatnya/Cara Pengamalannya:
Memandangkan urusan memasak di rumah biasanya dikendalikan oleh kaum ibu,maka si ibu (khususnya) dan sesiapa sahaja yang mahu memasak (umumnya) hendaklah memberati perkara berikut ini;
  • Pastikan anda dalam keadaan * berwudhuk dan * menutup kepala,sekurang-kurangnya jangan biarkan ternampak walau sehelai rambut sekalipun,sebelum memulakan urusan memasak.
  • Sebarang kerja-buat dalam urusan memasak,dimulakan dengan bismillah.
  • Sepanjang urusan memasak,sibukkan lidah dengan berzikir kepada Allah.
  • Jangan sekali-kali pasang muzik sewaktu urusan memasak sedang berjalan.
Wahai SaudaraKu...
Janganlah pula anda merasa ianya satu yang membebankan kerana ia adalah untuk kebaikan anda dan zuriat/jenerasi anda sendiri.

Kepada Allahlah jua kita mohon taufik untuk mengamalkannya dan DIAlah sahaja tempat meminta bantuan dan pertolongan.

[pengarang terima ramuan ini daripada seorang syeikh tasawwuf yang berasal dari chechnia]


Ahad, 18 Oktober 2009

* Amalan Pemusnah Sihir (a)

Selepas isyak @ pun waktu bilamana gangguan kian di rasai,maka bacakankanlah:
  1. 7 ayat pertama dari surah Al-Baqarah sebanyak 8 kali.
  2. Surah An-Naas (Qul a'uudzubirobbin naas sebanyak 8 kali
(Usahakan agar dapat membacanya di dalam keadaan berwudhuk)

Tiupkan keair untuk di buat minum dan mandi selama 7 hari berturut.Dan tiupkan ke telapak tangan lalu di sapu keseluruh anggota badan,berakhir dengan menyasarkan ia ke bahagian kaki dan buat isyarat tolak keluar ikut kaki.-selesai-

(Bersambung...)

Sabtu, 17 Oktober 2009

Untuk Anak Gadis/Wanita Agar Segera Mendapat Jodoh

Ayat yang ke 24 dari surah Al-Qoshosh yang lafaznya bermula seperti berikut:

رَبِّ اِنِّيْ لِمَآ اَنْزَلْتَ اِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ
"Robbi innii limaa anzalta ilayya min khoirin faQiir..."


Cara mengamalkannya ialah:

  • Tetapkan satu masa yang khusus,dimana fikiran anda free dari fikiran2 luar.Sebaik-baiknya ialah seelepas isyak.Dalam keadaan berwudhuk,sambil mengadap ke arah kiblat.
  • Mulakan dengan beristighfar terlebih dahulu sebanyak 25 kali.Dengan perasaan menyesal dari segala dosa yang telah terlaku dan berazam tidak mahu mengulanginya kembali.Kemudian wiridkanlah/bacalah ayat di atas sebanyak 112 kali.Kemudian...
  • Bacalah surah Adh-Dhuhaa(yakni Wadhdhuhaa wallaili idzaa sajaa..) sebanyak 3 kali.

Ianya diamalkan selama sebelas (11) hari pertama daripada setiap bulan

(perkiraan islam) selama 3 bulan berturut-turut.

Syarat-Syarat Yang Penting Untuk Mendapatkan keberkesanan Sesuatu Amalan Ialah:

  • Yakin bahawa "dalam amalan,ada janji Allah.Dibelakang janji-janji Allah,ada QudratNya."

Contoh Untuk Mudah faham kata2 Di atas:

Sila faham bahawa

"bersama anggota polis ada "janji/bantuan kerajaan" bersamanya.
Di belakang janji kerajaan,ada tersiratnya kuasa kerajaan."

  • Yakin bahawa "Berlakunya sesuatu,yang berlawanan dgn pengalaman @ pandangan mata kasar @ logik manusia,adalah satu perkara yang mungkin terjadi.Akan tetapi berlakunya sesuatu yang bersalahan dengan apa yang Allah janji,adalah mustahil sama sekali."

Dengan itu,kita akan

  • tekun dalam melakukan sesuatu amalan yang telah kita mulakan.
  • tidak akan menggelabah dengan sebarang situasi yang datang menduga.
  • tidak akan malu-alah @ berputus asa dalam terus melakukan amalan yang di buat, bilamana di uji dengan situasi yang berlawanan dengan apa yang kita hajati.

Dengan itu "Pertolongan Allah" pasti akan datang menenteramkankan hati kita.

Amalan Ke 2:
Jika sekiranya anda ada berkenan(yakni terpaut hati)dengan seseorang,anda ingin dia menikahi anda.Tetapi anda dapati,ada halangan yang melintang,maka amalan agar halang yang melintang tadi terungkai dan ianya bertukar menjadi mudah,maka langkahnya adalah seperti berikut ini:

  • Selepas setiap solat fardhu,anda wiridkan Doa yang pertama yang telah di sebutkan di atas sebanyak 11 kali sahaja.Tetapi setiap kali bacaan anda sampai kepada lafaz "faQiiir"anda sebutkan dengan memanjangkan "faQiiiiiiiiiiiiir" sambil membayangkan segala halangan dan rintangan yang anda hadapi,dalam maksud anda yang murni tiu,seperti 1)Ketiadaan Wang Belanja Untuk Nikah 2) Keluarga anda atau keluarga si dia tidak setuju dan sebagainya.
  • Kemudian anda susuli dengan membaca doa Nabi Allah Ya'kub yang berikut ini sebanyak 11 kali juga...

إِنَّمَآ اَشْكُوْا بَثِّيْ وَحُزْنِيْ إِلَى اللهِ

" innamaa asykuu batstsii wa huzniii ilallaah..."

Ertinya:

"Daku hanya sanya mengadukan hal gundah-gulana besar dan juga duku citaku kepada Allah”

Nota:

Sebarang pertanyaan,bolehlah anda tel ke no saya yang tertera disebelah ataupun emailkan kepada saya(murid haji) ke murid_haji@yahoo.com.



Wabillaahit taufiiQ..Wallaa hul musta'aan.

Khamis, 15 Oktober 2009

Doa Pelindung Diri Saidina Ka'ab Al-Ahbar r.anhu

Saidina Ka'ab Al-Ahbar r.anhu,sebelum memeluk islam,beliau adalah seorang alim yahudi. Orang-orang Yahudi tersangatlah mahir dalam membuat sihir.Sehinggakan Rasulullah pun penah terkena sihir buatan seorang yahudi yang bernama Labiid ibne 'Aashim Pakar Pembuat sihir. Sehinggakan Baginda,setelah bersama dengan isteri,Baginda tidak ingat sama sekali, apakah Baginda telah pun mandi wajib ataupun belum!!!.Betapa dahsyatnya kesan sihir tersebut.
Berbalik kepada kisah Saidina Ka'ab Al-Ahbar r.anhu.Setelah beliau memeluk islam maka orang-orang yahudi tidak senang dengan pengislaman beliau.Lantaran itu cubaan untuk memudhoratkan beliau telah di jalankan oleh orang orang yahudi.ia dapat di fahami dari kata kata Saidina Ka'ab Al-ahbar r.anhu sendiri iaitu "Andaikata Daku tidak memberati pembacaan Doa Pelindung Diri ini,nescaya Para Tukang sihir yahudi,dengan sihir-sihir mereka,boleh mengakibatkan Daku menjadi keldai...!!! "

[dipetik dari kitab Hadis Al-Muwaththo' karangan Imam Malik r.alaih]

Dalam pengertian kata-kata beliau "boleh mengakibatkan Daku menjadi keldai..." para ulamak mempunyai 2 pendapat:
  1. Rupa kejadian beliau boleh bertukar kepada menjadi keldai ataupun
  2. Perangai kemanusiaan beliau boleh bertukar kepada berperangai keldai(yakni bodoh,bengong,tolol dan sebagainya)
Nota Pemberitahuan:
Buat sementara waktu,untuk anda dapatkan mp3 bacaan Doa Kaab Al-Ahbar ini,maka sila email ke email murid_haji@yahoo.com,dengan tajuk "Mohon Kiriman Doa Kaab Al-Ahhbar r.anhu" kemudian,insya Allah murid haji akan emailkan kepada anda mp3 bacaan doa tersebut.-terima kasih-

Rabu, 14 Oktober 2009

Doa Saidina Anas r.anhu.

  • Doa ini telah di ajarkan secara khusus oleh Baginda s.a.w kepada khadam khas Baginda yang telah berkhidmat untuk Baginda sejak beliau kecil lagi,selama 10 tahun.Beliau adalah Saidina Anas bin Malik r.anhu.Doa ini telah di sebutkan oleh imam Jalaluddin As-Suyuthi r.alaih di dalam kitabnya yang berjudul "Jaami'us Shoghiir".
  • Kesah mengenai doa ini telah berlaku di zaman pemerintahan Hajjaj bin Yusuf,seorang khalifah islam yang terkenal dengan kekejamannya.Beliau (yakni Hajjaj bin Yusuf) telah membunuh ramai manusia yang mana telah di katakan bahawa beliau telah membunuh seramai 100 ribu orang hanya di depan mata,tidak termasuk di dalam medan peperangan. Antara mereka yang telah di bunuh oleh beliau ialah seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Abdullah ibnu Zubair r.anhu dan antara Tabi'en yang telah di bunuh oleh beliau ialah Said bin Jubair r.alaih.
  • Satu ketika Hajjaj bin Yusuf telah bertanya kepada Saidina Anas r.alaih mengenai pendapatnya tentang membela kuda.Maka Saidina Anas r.anhu pun menjelaskan kepadanya tentang jenis jenis pembelaan kuda.antaranya ialah membela kuda
  1. untuk keperluan
  2. untuk persiapan jihad
  3. untuk bermegah-megah

Ujar Saidina Anas r.anhu lagi,bagi golongan yang ketiga ini,membela kuda akan menjadi asbab musibah baginya.(kerana ia mengundang dosa semata2).Mendengarkan kata kata Saidina Anas r.anhu tadi maka Hajjaj tersinggung lalu beliau meradang seraya berkata "Andaikata Daku tidak sedar bahawa Dikau ini adalah Khadam Khas Baginda Rasul s.a.w, Nescaya akan Ku penggal kepalaMu...Lantas Saidina Ans r.anhu pun menjawab "Dikau sama sekali tidak akan dapat ,mengapa2kan daku walau sekadar sehelai bulu romaKu sekalipun.Kerana Baginda Rasul s.a.w telah mengajari daku 1 doa yang mana dgn membacanya maka Daku akan terpelihara daripada sebarang kejahatan makhluQ jin, manusia,binatang2 buas dan juga daripada kejahatanPemerintah Yang Zalim..." mendengarkan kelebihan doa yang telah di ajari oleh Baginda s.a.w kepada Saidina Anas r.anhu tadi dan keberanian yang menyelubungi hati sanubari Saidina Anas lantaran yakin dengan apa yang telah Baginda Rasul s.a.w janjikan dalam mengamalkan doa tadi,maka Si Hajjaj bin Yusuf pun berkata "Wahai Anas...Kau ajarkanlah juga ianya kepada ku (agar aku juga mendapat menafaat darinya).Lantas Saidina Anas r.anhu pun berkata "Daku sekali2 tidak akan mengajarinya Doa itu kepada manusia yang sepertiMu..."
Setelah lama kesah ini berlalu...Maka bila tiba saat kematian Saidina Anas r.anhu...Maka Khadam(yakni juru khidmat peribadi beliau) telah bertanya "Wahai Tuan Guruku,apakah gerangan
"Doa Pelindung Diri" yang telah di ajari oleh Baginda Rasul s.a.w kepada Tuan Guru yang mana Tuan Guru telah enggan mengajarinya kepada Hajjaj bin Yusuf dahulu? Lantas Saidina Anas r.anhu telah menjawab... "Ya..Daku telah berkhidmat kepada Baginda Rasul s.a.w selama 10 tahun berturut2.Dan Baginda s.a.w telah pulang kepada Allah dalam keadaan Baginda telah redho dengan aku.Dan Baginda telah mengajari Daku Doa Pelindung Diri yang istimewa ini.Wahai muridKu..kini tiba masaKu untuk pulang kepada Allah.Dan Daku redho denganMu wahai muridKu...inilah doanya dan pesanKu,usahlah sama sekali Dikau ajarkan ia kepada sebarangan orang."


Nota Pemberitahuan:

Buat sementara waktu,untuk anda dapatkan mp3 bacaan Doa Saidina Anas r.anhu ini,maka sila email ke email murid_haji@yahoo.com,dengan tajuk "Mohon Kiriman Doa Saidina Anas r.anhu" kemudian,insya Allah murid haji akan emailkan kepada anda mp3 bacaan doa tersebut.
-Jazaakumullaa hu khairan ahsanal jazaa'-



Kelebihan Surah Yasin Dan Kaifiatnya

Antara Kelebihan Membaca surah Yasin:

* Yang Pertama:
Di riwayatkan oleh Saidaatina 'Aisyah r.anha bahawa Nabi s.a.w telah bersabda
(yang mafhumnya adalah seperti berikut):


"Didalam Al-Quran terdapat satu surah yang mana akan

  1. mensyafa'ati si pembacanya.Dan
  2. orang yang mendengar pembacaannya pula akan di ampunkan oleh Allah s.w.t.Ketahuilah bahawa ia adalah surah Yasin.
  3. Didalam Taurat,ia di kenali sebagai "mu'immah"(ertinya: Yang meliputi/merangkumi) Lantas para Sahabat Baginda bertanya "Apakah ertinya yang ia itu adalah Mu'immah?" Jawab Baginda "Ia akan meliputi si pembacanya dengan kebaikan dunia dan memeliharainya dari keperitan hari akhirat.Dan surah ini juga
  4. Dikenali sebagai "daafi'ah"(ertinya:penolak) dan "Qaadhiah"(ertinya: Penunai). Lantas Para Sahabat Baginda pun bertanya "Apakah ertinya yang ia itu adalah "Daafi'ah" dan "Qaadhiah"? Jawab Baginda "erti "Daafi'ah" ialah ia akan menolak segala keburukan dan marabahaya dari si pembacanya.Dan erti "Qaadhiah" itu pula ialah ia akan menyebabkan hajat si pembacanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t.Dan
  5. Barangsiapa yang membaca surah yasin ini,maka Allah pasti sekali mengganjarkan baginya pahala 10 ibadat haji.Dan yang mendengar ianya di bacakan pula,Allah ganjarkan pahala membelanjakan 1000 keping wang emas di jalanNYA.Dan
  6. Barangsiapa yang menulisnya kemudian tulisan surah yasin itu dileburkan kedalam air,lalu di minum air itu,maka dengan berkatnya akan tertanamlah di dalam hatinya
  • 1000 Penawar
  • 1000 Nur(cahaya)
  • 1000 Keyakinan
  • 1000 Rahmat
  • 1000 KasihSayang
  • 1000 Petunjuk dan beliau akan
  • Terpelihara dari penyakit perasaan buruk terhadap orang lain."
[ianya dipetik dari kitab tafsir imam Qurthubiyy r.alaih]

2) Pahalanya menyamai mengkhatamkan

Al-Quran sebanyak 10 kali.

Daripada Saidina Anas r.anhu bahawa Baginda telah bersabda yang mafhumnya:

“Sesungguhnya,bagi setiap benda,ada hatinya dan hati Al-Quran adalah Surah Yasin.Dan barangsiapa yang membaca surah Yasin,maka Allah ganjarkan kepadanya pahala mengkhatamkan Al-Quran 10 kali.”

3) Allah Tunaikan Hajat-hajatnya

“Barangsiapa yang membaca surah yasin diawal hari,nescaya ditunaikan hajat-hajatnya.”

4) Allah Permudahkan Segala Urusannya

“Barangsiapa yang membaca surah yasin diawal hari,maka pasti sekali akan dipermudahkan urusannya hinggalah ke petang.Dan bila dibaca diawal malam maka pasti sekali akan dipermudahkan urusannya sehinggalah ke pagi.”

5) Allah Ringankan Mudahkan Urusan Si Mati

Di alam Yang Seterusnya

“Barangsiapa yang membaca surah yasin disisi mayat,nescaya akadipermudahkan/diringankan bagi si mayat tadi urusan beliau di alam seterusnya.”

6) Dikira Sebagai Orang Yang Mati Syahid

Daripada Saidina Ali r.anhu bahawa beliau mendengar

“Sesiapa yang bertetap-teguh membaca surah yasin setiap malam,kemudian dia mati,maka dia akan dikira sebagai mati syahid.”

7) Diampunkan Dosa Sipembaca Sebanyak

Huruf-huruf Surah Yasin

“Barangsiapa yang membaca surah yasin disisi kubur ibubapanya atau salah seorang dari mereka pada setiap hari jumaat,maka diampunkan dosa-dosanya sebanyak huruf-huruf yang terkandung didalam surah yasin.”

8) Ada 9 Kelebihan Istimewa

Dengan berkat baca Yasin,maka:

1) Dosa sipembaca pasti sekali diampunkan.

2) Yang lapar akan menjadi kenyang.

3) Yang sesat akan kembali bertemu jalan.

4) Yang kehilangan barang akan menemui semula.

5) Makanan yang dikhuatiri tidak mencukupi akan menjadi cukup.

6) Dibaca disisi mayat maka akan diringankan urusan mayat tersebut.

7) Dibaca kepada perempuan yang sukar bersalin,maka Allah mudahkan kelahiran bayinya.

8) Diganjari pahala mengkhatamkan Al-Quran 11 kali.

9) Ia(yakni surah Yasin) adalah hati Al-Quran.

9) Diampunkan Dosa Oleh Allah

“Barangsiapa yang membaca surah yasin pada malam juma’at,maka dia akan diampunkan oleh Allah s.w.t”

10) Diringankan Azab Keatas Penghuni Kubur,Diganjari Pahala Sebanyak Penghuni Kubur

“Barangsiapa yang membaca surah yasin ketika masuk kawasan perkuburan maka dgn berkatnya akan diringankan siksaan keatas penghuninya pada hari itu.Dan bagi

sipembaca akan diganjarkan pahala sebanyak mana pahala penghuni perkuburan tersebut.”

Nota:

Kesemua mafhum hadis-hadis diatas dipetik dari Kitab Tafsir “Durrul-Mantsuur” karangan imam Jalaluddin As-Suyuthi rahimahullah ta’ala.

Antara Kaifiat-kaifiat membaca Surah Yasin ialah seperti berikut:
  • Yasin 41
  • Yasin 7 Mubin


Yasin 41


Amalan pembacaan yasin dengan kaedah begini di kenali dengan "Yasin 41".Dan ia di anjurkan oleh seorang Wali Allah di tanah melayu kita ini iaitu Tuan Syeikh Yusuf Kenali @ dikenali dengan Tok Kenali .Ujar beliau mengenai kesan amalan ini iaitu "ianya berkesan seolah-olah kita telah membaca surah yasin sebanyak 41 kali."

Kaifiatnya ialah:


  1. Ayat Pertama Diulangi sebanyak 7 kali.
  2. Ayat ke 37 & 38 diulangi sebanyak 14 kali.
  3. Ayat ke 57 & 58 diulangi sebanyak 16 kali.
  4. Ayat ke 76 & 77 diulangi sebanyak 4 kali.
Setelah itu untuk mendapatkan keberkatan dari Wali Allah,Tuan Guru Tok Kenali r.alaih,maka ada baiknya kita sedekahkan pahala Al-Fatehah kepada Roh beliau,sebelum kita mulakan amalan doa bermunajat kepada Allah.

Selasa, 13 Oktober 2009

2 Amalan Pemusnah Buatan Guna-guna Didalam Tubuh Badan.

Amalan Pertama:

Ayat Ke 52 dari surah Al-Haj (dalam juzuk ke 17). Ambil dari perenggan "Fayansakhullaa hu... sampailah ke tamat ayat ke 52 ini."

Erti Ayat suci tadi:

Allah segera menghapuskan apa yang telah di ilhamkan/di masukkan/di campakkan oleh syaitan(kedalam hati manusia).Kemudian Allah mengukuhkan ayat2NYA dengan sekukuh-kukuhnya.Dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Cara Mengamalkannya:

  • Selepas setiap sembahyang fardhu,letakkan jari telunjuk sahaja(dgn cara menggenggamkan jari-jemari yang lain dan lepaskan jari telunjuk sahaja.Sepertimana di perbuat di kala membaca tahiyyat dalam solat) ke bahagian hati.Bacakan ayat suci di atas sebanyak 21 kali.
  • Amalkan sekurang2nya selama seminggu berturut2.
Tempat terletaknya hati ialah:

Dibawah buah dada (yakni tetek) kiri dengan menyelangkan (yakni menjarakkan) dgn 2 jari sahaja.Dan condong nya agak lebih ke arah kiri.

Kesan Sampingan(effecttion) yang mungkin akan di rasai ialah:
  • Pening2,sakit kepala. atau
  • Meloya2 seakan2 mahu muntah
  • Terasa menyucuk2 di bahagian tertentu di badan.
Kemungkinan2 ini semua,mungkin ketara dan mungkin juga biasa2 sahaja.
Dan ia akan sampai ke tahap berpeluh di dahi,seandainya sebarang buatan guna-guna itu sudah bertapak di dalam badan,Wallaa hu a'lam.

ianya pengarang terima daripada seorang Ahli TareQat Sahwardiah di pakistan.

Amalan Kedua:


Ayat ke 23 dari surah Al-Furqan yang bunyinya adalah seperti berikut:

"WaQdimnaa ilaa maa 'amiluu min amalin
faja'alnaa hu habaa am mantsuuroo..."
Ertinya:

"Dan KAMI akan memperlihatkan kepada mereka(orang -orang yang tidak beriman) amalan yang telah mereka perbuat lantas KAMI jadikan ianya (hancur-lebur,rosak sia-sia,bagaikan) debu-debu yang beterbangan."

Cara Mengamalkannya ialah:

Kaedah Pertama:

Bilamana ada terasa tidak selesa badan(tak sedap badan),maka;
  • Selawat 3 kali sebagai pembukaan
  • Ayat ke 23 dari surah Al-FurQan tadi sebanyak 11x @ 21x @ 41x,kemudian
  • Selawat sebagai penutup 3 kali.
Lalu ditiup ke tapak tangan,dan di sapu keseluruh badan bermula dgn
  1. Kepala,
  2. Muka
  3. Bahu & lengan dan seterusnya keseluruh badan dan berakhir dengan menolak ia keluar dari arah kedua-dua kaki anda.
Kaedah Yang Ke 2:

Amalkan sepertimana kaedah mengamalkan "Amalan Pertama" yang telah tertera di atas.





Isnin, 12 Oktober 2009

Penawar Rasa Takut

Bilamana anda rasa di selubungi rasa takut,maka segeralah baca mana mana doa yang mudah di antara doa-doa berikut:
  • Allaahu Allaahu Rabbii...Laaa usyriku bihii syai aaa Ertinya: {Allah lah sahaja sebenar2nya TuhanKu.Daku tidak menyekutukan DIA dengan sesuatu apa pun}
  • Laaa takhof wa laaa tahzan,innallaa ha ma'anaa Ertinya "Usahlah dikau takut dan usahlah dikau bimbang{Wahai HatiKu!Kerana} Sesungguhnya Allah ada bersama dgn kita"
Nota Peringatan:

Sekurang2Nya,bacalah 3 kali @ teruskan membaca hingga reda rasa takut tadi.

  • Amalkan membaca surah Quraisy selepas setiap sembahyang fardhu sekurang2nya 3 kali.

Ahad, 11 Oktober 2009

Sembahyang Hajat Kecemasan

Adalah di sebutkan di dalam kitab "Bayaadhu Muhammadi" bahawa ada seorang Ahlullah(Wali Allah) yang menghidapi penyakit yang sukar sembuh.Maka di suatu malam dia telah bermimpi bertemu dgn Nabi s.a.w.(di pendekkan cerita) setelah beliau mengadu hal keadaannya kepada Nabi s.a.w.Baginda pun mengajari beliau satu cara sembahyang hajat yang dgn berkatnya penyakit tegar yang beliau hidapi telah sembuh sama sekali.-selesai kesahnya-

TashdiiQ dari hati kita:

Benarlah segala apa yang telah di firmankan oleh Allah dan di sabdakan oleh RasulNya


Cara Sembahyang tersebut ialah berikut:
  • Dirikan 2 rakaat sembahyang dgn niat sembahyang hajat.
  • Bacaan surah selepas surah fatehah dalam setiap rakaat adalah terpulang kepada anda sendiri,mana yang mudah bagi anda.(yakni nak baca surah apa pun boleh,tiada surah yang di khususkan.)
  • Dalam setiap kali sujud,selepas membaca tasbih dalam sujud,maka bacalah "AYAT KARIIMAH"(yakni doa Nabi Yunus Di kala di dalam perut ikan selama 40 hari) sebanyak 40 kali.Yakni dalam setiap kali sujud di baca doa Nabi Yunus (ayat Kariimah) itu sebanyak 40 kali. ( 40 kali x 4 kali sujud dalam 2 rakaat = 160 kali tasbih di baca.)
  • Selepas selesai solat,ada baiknya beristighfar dulu sebanyak 25 kali.Kemudian barulah
  • Mulakan munajat kepada Yang Maha Menunaikan,bentangkan segala hajat dan hasrat anda kepada Yang Maha Mendengar.
Nota Motivasi:

Ada seorang hamba Allah dari pasir gudang,Johor,amalkan sembahyang hajat ini,dengan berkatnya,kencing manis beliau telah sembuh.


{dari pengarang blog}

Jumaat, 9 Oktober 2009

Doa Penawar Bagi AkhlaQ Yang Buruk & Kekerasan Hati dan Sifat NifaQ(iaitu Penyakit Kenser bagi Hati-Kalbu Manusia)

Cara Pengamalannya ialah:

Di baca Doa berikut ini sekurang2nya 3 Kali selepas tiap2 sembahyang fardhu.

"Allaahumma inni..a'uudzubika minasy syiQooQi..wan nifaaQi,wa suu il akhlaaQi"

Ertinya:

"Wahai Allah..Sesungguhnya Daku berlindung denganMu dari kekerasan hati & tutur-kata.Dan Daku berlindung denganMu dari sifat pura-pura sebagai seorang islam dan daripada akhlaQ yang buruk"

Amalan Penawar Penyakit Lupa(Nisyaan)

ianya di amalkan pada waktu pagi (selepas subuh) dan petang (selepas asar/maghrib).iaitu:
  1. Selawat Pembukaan (dengan mana-mana selawat pun boleh) 11 kali.
  2. Yaa Hayyu Yaa Qayyuum,Laa ilaaha illaa anta,birohmatika astaghiits 41 kali Ertinya "Wahai Allah Yang Maha Hidup dan wahai Allah Yang Maha Kekal...Tiada tuhan yang layak di sembah melainkanMu.Hanya sa nya Dengan bantuanMu sahaja Daku memohon pertolongan"
  3. Selawat Penutup(dengan selawat mana-mana pun boleh 11 kali juga.
  • Amalan ini di sarankan/di anjurkan oleh seorang Alim yang telah menghafaz sebanyak 100 ribu hadis beserta sanad-sanadnya sekali,iaitu Syeikh Abdullah Dekhuasti r.alaih,Ulamak kelahiran Negeri Khanpur,utara,Pakistan.

Solat Hajat Nabi Allah Khidhir a.salam

Pengenalan Sembahyang Hajat Nabi Khidhir:

  • Sembahyang Hajat ini dikenali dgn nama "Sembahyang Hajat Nabi Khidhir" ialah kerana ianya telah di ajarkan oleh Nabi Allah Khidhir kepada seorang Ahlullah(yakni wali Allah)ianya termaktub di dalam kitab bayadh imam syafi'e r.alaih.
  • Kata Ahlullah tersebut bahawa seribu satu (1001) macam hajat kami,dgn berkat sembahyang hajat berpandukan kaifiat yang di ajarkan oleh Nabi Allah Khidhir a.salam ini telah Allah perkenankan.
Kaifiatnya adalah seperti berikut:

  1. Dirikan sembahyang hajat dua rakaat(macam biasa).
  2. Dalam raka'at pertama,Selepas fatehah baca lah Qulya (surah Al-Kafirun) sebanyak 10 kali.
  3. Dalam raka'at kedua pula,selepas membaca fatehah,bacalah pula Qulhu (yakni surah ikhlas) sebanyak 11 kali.
  4. Selepas selesai memberi salam maka bersujudlah semula dan bacalah dalam sujud tadi:
  • Subhaanallaah,wal hamdulillaah,wa laa ilaa ha illallaa hu wallaa hu akbar 10 kali.
  • Selawat(dgn mana mana selawat pun boleh) 10 kali.
  • "Robbanaa aatinaa fiddunyaa hasanah wa fil aakhirati hasanah wa Qinaa 'adzaabannaar..." 10 kali.
Setelah itu,panggungkanlah (angkatlah) kepala semula.Dan mulakan lah memohon doa apa yang anda inginkan,insyaAllah akan tertunai.

Yakin dan istiQamah adalah syarat penting.

Dipetik dari Kitab "Bayaadhu-Muhammadi"



Amalan Penerang Hati 1

Selepas Subuh dan Selepas Asar atau maghrib,bacakan:

  1. Selawat Sebagai Pembukaan sebanyak 11 kali

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

بِعَدَدِ كُلِّ دَآءٍ وَّدَوَآءٍ وَّبَارِكْ وَسَلِّمْ

  1. Doa Nabi Musa iaitu “Robbisyrohlii shodrii.Wayassirlii amri,wahlull ‘uQdatam millisaani.YafQohuu Qaulii...” 21 kali

رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ ، وَيَسِّرْلِيْ اَمْرِيْ ، وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّنْ لِّسَانِيْ ، يَفْقَهُوْا قَوْلِيْ

  1. Selawat Sebagai Penutup 11 kali

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

بِعَدَدِ كُلِّ دَآءٍ وَّدَوَآءٍ وَّبَارِكْ وَسَلِّمْ

Kemudian,tiupkan sama ada terus ke dada ataupun ke telapak tangan kemudian sapukan ke dada anda.

(Daku,murid haji,telah menerima amalan diatas dari Tuan Guru Maulana Qari Muhammad Yasin Ar Rahimiyy.iaitu Tuan GuruKu dalam salasilah hafazan Al-Quran,Orang Faisalabad,Pakistan)

Penawar Penyakit Lupa

Lemah hafalan adalah berpunca dari kemaksiatan yang telah terlaku oleh mata seperti:

  • Suka melayari web lucah atau menonton videonya
  • Suka memandang wanita yang bukan muhrim
  • Dan lain-lain lagi yang di kira maksiat dosa bagi mata oleh syariat islam.


Semoga Allah ampuni kita dan peliharai kita semua darinya,amin3.

Berikut ini adalah di sebutkan kaedah2 dan amalan penawar bagi mengubati penyakit lupa (yakni menjadi seorang yang Pelupa).Semoga Allah beri taufik kepada kita untuk mengamalkannya dan sampaikan ianya kepada saudara2 kita yang lain,amin3.....

  • Kaedah 1: Dakwahkan kepada orang lain bahawa betapa bahayanya bila mana kita tidak menjaga pandangan mata dari maksiat seperti:

1]Kemanisan di dalam beribadat kepada Allah akan di tarik dari hati kita.
2]Bila mata tersalah guna,maka hati sanubari kita juga akan terkesan.Dengan itu,amalan kita juga mula rosak.Bila amalan rosak,maka mula lah diri kita akan di timpa dgn 1001 macam kesusahan,kesempitan dan lain lain lagi dari perkara perkara yang tidak kita ingini. Hati kita akan sentiasa di belenggu dgn tension yang akan mula bersilih ganti bertandang ke dalam kalbu kita.

Persoalannya:

Apakah faedahnya bilamana kita mulakan dengan mendakwahkan perkara diatas kepada Manusia???

  • Kita akan yakin bahawa betapa bahayanya bila menyalah-gunakan mata yang di amanahkan oleh Allah ini.
  • Suasana keadaan sekeliling kita akan berubah.Kerana DAKWAH mempunyai 2 khasiat yang sangat besar,iaitu:
  1. Ia akan mengubah keyakinan Si Pendakwah itu sendiri.
  2. Ia akan mengubah keadaan suasana sekeliling.
  • Kaedah 2 : Pada waktu2 yg mustajab doanya,luangkan masa untuk munajat kepada Allah,mohon agar Allah hapuskan tabiat penyakit salah-gunakan mata.
  • Kaedah 3: Amalkan "istighfar Penawar Pembersih Hati" yang di anjurkan oleh Imam Suyuthi r.alaih yang lafaz dalam tulisannya adalah seperti berikut:



*أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ،اَلَّذِيْ لآ إِلَهَ اِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ، بَدِيْعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا مِنْ جَمِيْعِ جُرْمِيْ وَظُلْمِيْ وَاِسْرَافِيْ عَلَى نَفْسِيْ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ*


"Astaghfirullaaa hal 'adhziim..alladzi laa ilaaha illaa huwal hayyul Qayyum... Badii 'us samaa waati wal ardhi...wa maa bainahumaa... min jamii-'i jurmrmii wa dhzulmii wa isroofii 'alaa nafsii wa atuubuilaiiih..." 100 kali sehari

untuk mengilap dan membersihkan hati bagi mempermudahkanseseorang itu menghafal.Khususnya yang berkaitan dgn agama sepertiAl-Quran,Hadis2 Nabi, doa-doa dan sebagainya.

Nota Penting:

Kesannya akan dapat dikecapi bilamana anda amalkannya berterusan.Bukan berpada dgn mengamalkan sehari dua sahaja.

(untuk sebarang pertanyaan,sila hubungi Murid Haji di 013-4813545)