Jumaat, 9 Oktober 2009

Penawar Penyakit Lupa

Lemah hafalan adalah berpunca dari kemaksiatan yang telah terlaku oleh mata seperti:

  • Suka melayari web lucah atau menonton videonya
  • Suka memandang wanita yang bukan muhrim
  • Dan lain-lain lagi yang di kira maksiat dosa bagi mata oleh syariat islam.


Semoga Allah ampuni kita dan peliharai kita semua darinya,amin3.

Berikut ini adalah di sebutkan kaedah2 dan amalan penawar bagi mengubati penyakit lupa (yakni menjadi seorang yang Pelupa).Semoga Allah beri taufik kepada kita untuk mengamalkannya dan sampaikan ianya kepada saudara2 kita yang lain,amin3.....

  • Kaedah 1: Dakwahkan kepada orang lain bahawa betapa bahayanya bila mana kita tidak menjaga pandangan mata dari maksiat seperti:

1]Kemanisan di dalam beribadat kepada Allah akan di tarik dari hati kita.
2]Bila mata tersalah guna,maka hati sanubari kita juga akan terkesan.Dengan itu,amalan kita juga mula rosak.Bila amalan rosak,maka mula lah diri kita akan di timpa dgn 1001 macam kesusahan,kesempitan dan lain lain lagi dari perkara perkara yang tidak kita ingini. Hati kita akan sentiasa di belenggu dgn tension yang akan mula bersilih ganti bertandang ke dalam kalbu kita.

Persoalannya:

Apakah faedahnya bilamana kita mulakan dengan mendakwahkan perkara diatas kepada Manusia???

  • Kita akan yakin bahawa betapa bahayanya bila menyalah-gunakan mata yang di amanahkan oleh Allah ini.
  • Suasana keadaan sekeliling kita akan berubah.Kerana DAKWAH mempunyai 2 khasiat yang sangat besar,iaitu:
  1. Ia akan mengubah keyakinan Si Pendakwah itu sendiri.
  2. Ia akan mengubah keadaan suasana sekeliling.
  • Kaedah 2 : Pada waktu2 yg mustajab doanya,luangkan masa untuk munajat kepada Allah,mohon agar Allah hapuskan tabiat penyakit salah-gunakan mata.
  • Kaedah 3: Amalkan "istighfar Penawar Pembersih Hati" yang di anjurkan oleh Imam Suyuthi r.alaih yang lafaz dalam tulisannya adalah seperti berikut:



*أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ،اَلَّذِيْ لآ إِلَهَ اِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ، بَدِيْعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا مِنْ جَمِيْعِ جُرْمِيْ وَظُلْمِيْ وَاِسْرَافِيْ عَلَى نَفْسِيْ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ*


"Astaghfirullaaa hal 'adhziim..alladzi laa ilaaha illaa huwal hayyul Qayyum... Badii 'us samaa waati wal ardhi...wa maa bainahumaa... min jamii-'i jurmrmii wa dhzulmii wa isroofii 'alaa nafsii wa atuubuilaiiih..." 100 kali sehari

untuk mengilap dan membersihkan hati bagi mempermudahkanseseorang itu menghafal.Khususnya yang berkaitan dgn agama sepertiAl-Quran,Hadis2 Nabi, doa-doa dan sebagainya.

Nota Penting:

Kesannya akan dapat dikecapi bilamana anda amalkannya berterusan.Bukan berpada dgn mengamalkan sehari dua sahaja.

(untuk sebarang pertanyaan,sila hubungi Murid Haji di 013-4813545)

Tiada ulasan: