Khamis, 15 Oktober 2009

Doa Pelindung Diri Saidina Ka'ab Al-Ahbar r.anhu

Saidina Ka'ab Al-Ahbar r.anhu,sebelum memeluk islam,beliau adalah seorang alim yahudi. Orang-orang Yahudi tersangatlah mahir dalam membuat sihir.Sehinggakan Rasulullah pun penah terkena sihir buatan seorang yahudi yang bernama Labiid ibne 'Aashim Pakar Pembuat sihir. Sehinggakan Baginda,setelah bersama dengan isteri,Baginda tidak ingat sama sekali, apakah Baginda telah pun mandi wajib ataupun belum!!!.Betapa dahsyatnya kesan sihir tersebut.
Berbalik kepada kisah Saidina Ka'ab Al-Ahbar r.anhu.Setelah beliau memeluk islam maka orang-orang yahudi tidak senang dengan pengislaman beliau.Lantaran itu cubaan untuk memudhoratkan beliau telah di jalankan oleh orang orang yahudi.ia dapat di fahami dari kata kata Saidina Ka'ab Al-ahbar r.anhu sendiri iaitu "Andaikata Daku tidak memberati pembacaan Doa Pelindung Diri ini,nescaya Para Tukang sihir yahudi,dengan sihir-sihir mereka,boleh mengakibatkan Daku menjadi keldai...!!! "

[dipetik dari kitab Hadis Al-Muwaththo' karangan Imam Malik r.alaih]

Dalam pengertian kata-kata beliau "boleh mengakibatkan Daku menjadi keldai..." para ulamak mempunyai 2 pendapat:
  1. Rupa kejadian beliau boleh bertukar kepada menjadi keldai ataupun
  2. Perangai kemanusiaan beliau boleh bertukar kepada berperangai keldai(yakni bodoh,bengong,tolol dan sebagainya)
Nota Pemberitahuan:
Buat sementara waktu,untuk anda dapatkan mp3 bacaan Doa Kaab Al-Ahbar ini,maka sila email ke email murid_haji@yahoo.com,dengan tajuk "Mohon Kiriman Doa Kaab Al-Ahhbar r.anhu" kemudian,insya Allah murid haji akan emailkan kepada anda mp3 bacaan doa tersebut.-terima kasih-

Tiada ulasan: