Rabu, 14 Oktober 2009

Kelebihan Surah Yasin Dan Kaifiatnya

Antara Kelebihan Membaca surah Yasin:

* Yang Pertama:
Di riwayatkan oleh Saidaatina 'Aisyah r.anha bahawa Nabi s.a.w telah bersabda
(yang mafhumnya adalah seperti berikut):


"Didalam Al-Quran terdapat satu surah yang mana akan

  1. mensyafa'ati si pembacanya.Dan
  2. orang yang mendengar pembacaannya pula akan di ampunkan oleh Allah s.w.t.Ketahuilah bahawa ia adalah surah Yasin.
  3. Didalam Taurat,ia di kenali sebagai "mu'immah"(ertinya: Yang meliputi/merangkumi) Lantas para Sahabat Baginda bertanya "Apakah ertinya yang ia itu adalah Mu'immah?" Jawab Baginda "Ia akan meliputi si pembacanya dengan kebaikan dunia dan memeliharainya dari keperitan hari akhirat.Dan surah ini juga
  4. Dikenali sebagai "daafi'ah"(ertinya:penolak) dan "Qaadhiah"(ertinya: Penunai). Lantas Para Sahabat Baginda pun bertanya "Apakah ertinya yang ia itu adalah "Daafi'ah" dan "Qaadhiah"? Jawab Baginda "erti "Daafi'ah" ialah ia akan menolak segala keburukan dan marabahaya dari si pembacanya.Dan erti "Qaadhiah" itu pula ialah ia akan menyebabkan hajat si pembacanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t.Dan
  5. Barangsiapa yang membaca surah yasin ini,maka Allah pasti sekali mengganjarkan baginya pahala 10 ibadat haji.Dan yang mendengar ianya di bacakan pula,Allah ganjarkan pahala membelanjakan 1000 keping wang emas di jalanNYA.Dan
  6. Barangsiapa yang menulisnya kemudian tulisan surah yasin itu dileburkan kedalam air,lalu di minum air itu,maka dengan berkatnya akan tertanamlah di dalam hatinya
  • 1000 Penawar
  • 1000 Nur(cahaya)
  • 1000 Keyakinan
  • 1000 Rahmat
  • 1000 KasihSayang
  • 1000 Petunjuk dan beliau akan
  • Terpelihara dari penyakit perasaan buruk terhadap orang lain."
[ianya dipetik dari kitab tafsir imam Qurthubiyy r.alaih]

2) Pahalanya menyamai mengkhatamkan

Al-Quran sebanyak 10 kali.

Daripada Saidina Anas r.anhu bahawa Baginda telah bersabda yang mafhumnya:

“Sesungguhnya,bagi setiap benda,ada hatinya dan hati Al-Quran adalah Surah Yasin.Dan barangsiapa yang membaca surah Yasin,maka Allah ganjarkan kepadanya pahala mengkhatamkan Al-Quran 10 kali.”

3) Allah Tunaikan Hajat-hajatnya

“Barangsiapa yang membaca surah yasin diawal hari,nescaya ditunaikan hajat-hajatnya.”

4) Allah Permudahkan Segala Urusannya

“Barangsiapa yang membaca surah yasin diawal hari,maka pasti sekali akan dipermudahkan urusannya hinggalah ke petang.Dan bila dibaca diawal malam maka pasti sekali akan dipermudahkan urusannya sehinggalah ke pagi.”

5) Allah Ringankan Mudahkan Urusan Si Mati

Di alam Yang Seterusnya

“Barangsiapa yang membaca surah yasin disisi mayat,nescaya akadipermudahkan/diringankan bagi si mayat tadi urusan beliau di alam seterusnya.”

6) Dikira Sebagai Orang Yang Mati Syahid

Daripada Saidina Ali r.anhu bahawa beliau mendengar

“Sesiapa yang bertetap-teguh membaca surah yasin setiap malam,kemudian dia mati,maka dia akan dikira sebagai mati syahid.”

7) Diampunkan Dosa Sipembaca Sebanyak

Huruf-huruf Surah Yasin

“Barangsiapa yang membaca surah yasin disisi kubur ibubapanya atau salah seorang dari mereka pada setiap hari jumaat,maka diampunkan dosa-dosanya sebanyak huruf-huruf yang terkandung didalam surah yasin.”

8) Ada 9 Kelebihan Istimewa

Dengan berkat baca Yasin,maka:

1) Dosa sipembaca pasti sekali diampunkan.

2) Yang lapar akan menjadi kenyang.

3) Yang sesat akan kembali bertemu jalan.

4) Yang kehilangan barang akan menemui semula.

5) Makanan yang dikhuatiri tidak mencukupi akan menjadi cukup.

6) Dibaca disisi mayat maka akan diringankan urusan mayat tersebut.

7) Dibaca kepada perempuan yang sukar bersalin,maka Allah mudahkan kelahiran bayinya.

8) Diganjari pahala mengkhatamkan Al-Quran 11 kali.

9) Ia(yakni surah Yasin) adalah hati Al-Quran.

9) Diampunkan Dosa Oleh Allah

“Barangsiapa yang membaca surah yasin pada malam juma’at,maka dia akan diampunkan oleh Allah s.w.t”

10) Diringankan Azab Keatas Penghuni Kubur,Diganjari Pahala Sebanyak Penghuni Kubur

“Barangsiapa yang membaca surah yasin ketika masuk kawasan perkuburan maka dgn berkatnya akan diringankan siksaan keatas penghuninya pada hari itu.Dan bagi

sipembaca akan diganjarkan pahala sebanyak mana pahala penghuni perkuburan tersebut.”

Nota:

Kesemua mafhum hadis-hadis diatas dipetik dari Kitab Tafsir “Durrul-Mantsuur” karangan imam Jalaluddin As-Suyuthi rahimahullah ta’ala.

Antara Kaifiat-kaifiat membaca Surah Yasin ialah seperti berikut:
  • Yasin 41
  • Yasin 7 Mubin


Yasin 41


Amalan pembacaan yasin dengan kaedah begini di kenali dengan "Yasin 41".Dan ia di anjurkan oleh seorang Wali Allah di tanah melayu kita ini iaitu Tuan Syeikh Yusuf Kenali @ dikenali dengan Tok Kenali .Ujar beliau mengenai kesan amalan ini iaitu "ianya berkesan seolah-olah kita telah membaca surah yasin sebanyak 41 kali."

Kaifiatnya ialah:


  1. Ayat Pertama Diulangi sebanyak 7 kali.
  2. Ayat ke 37 & 38 diulangi sebanyak 14 kali.
  3. Ayat ke 57 & 58 diulangi sebanyak 16 kali.
  4. Ayat ke 76 & 77 diulangi sebanyak 4 kali.
Setelah itu untuk mendapatkan keberkatan dari Wali Allah,Tuan Guru Tok Kenali r.alaih,maka ada baiknya kita sedekahkan pahala Al-Fatehah kepada Roh beliau,sebelum kita mulakan amalan doa bermunajat kepada Allah.

Tiada ulasan: