Rabu, 14 Oktober 2009

Doa Saidina Anas r.anhu.

  • Doa ini telah di ajarkan secara khusus oleh Baginda s.a.w kepada khadam khas Baginda yang telah berkhidmat untuk Baginda sejak beliau kecil lagi,selama 10 tahun.Beliau adalah Saidina Anas bin Malik r.anhu.Doa ini telah di sebutkan oleh imam Jalaluddin As-Suyuthi r.alaih di dalam kitabnya yang berjudul "Jaami'us Shoghiir".
  • Kesah mengenai doa ini telah berlaku di zaman pemerintahan Hajjaj bin Yusuf,seorang khalifah islam yang terkenal dengan kekejamannya.Beliau (yakni Hajjaj bin Yusuf) telah membunuh ramai manusia yang mana telah di katakan bahawa beliau telah membunuh seramai 100 ribu orang hanya di depan mata,tidak termasuk di dalam medan peperangan. Antara mereka yang telah di bunuh oleh beliau ialah seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Abdullah ibnu Zubair r.anhu dan antara Tabi'en yang telah di bunuh oleh beliau ialah Said bin Jubair r.alaih.
  • Satu ketika Hajjaj bin Yusuf telah bertanya kepada Saidina Anas r.alaih mengenai pendapatnya tentang membela kuda.Maka Saidina Anas r.anhu pun menjelaskan kepadanya tentang jenis jenis pembelaan kuda.antaranya ialah membela kuda
  1. untuk keperluan
  2. untuk persiapan jihad
  3. untuk bermegah-megah

Ujar Saidina Anas r.anhu lagi,bagi golongan yang ketiga ini,membela kuda akan menjadi asbab musibah baginya.(kerana ia mengundang dosa semata2).Mendengarkan kata kata Saidina Anas r.anhu tadi maka Hajjaj tersinggung lalu beliau meradang seraya berkata "Andaikata Daku tidak sedar bahawa Dikau ini adalah Khadam Khas Baginda Rasul s.a.w, Nescaya akan Ku penggal kepalaMu...Lantas Saidina Ans r.anhu pun menjawab "Dikau sama sekali tidak akan dapat ,mengapa2kan daku walau sekadar sehelai bulu romaKu sekalipun.Kerana Baginda Rasul s.a.w telah mengajari daku 1 doa yang mana dgn membacanya maka Daku akan terpelihara daripada sebarang kejahatan makhluQ jin, manusia,binatang2 buas dan juga daripada kejahatanPemerintah Yang Zalim..." mendengarkan kelebihan doa yang telah di ajari oleh Baginda s.a.w kepada Saidina Anas r.anhu tadi dan keberanian yang menyelubungi hati sanubari Saidina Anas lantaran yakin dengan apa yang telah Baginda Rasul s.a.w janjikan dalam mengamalkan doa tadi,maka Si Hajjaj bin Yusuf pun berkata "Wahai Anas...Kau ajarkanlah juga ianya kepada ku (agar aku juga mendapat menafaat darinya).Lantas Saidina Anas r.anhu pun berkata "Daku sekali2 tidak akan mengajarinya Doa itu kepada manusia yang sepertiMu..."
Setelah lama kesah ini berlalu...Maka bila tiba saat kematian Saidina Anas r.anhu...Maka Khadam(yakni juru khidmat peribadi beliau) telah bertanya "Wahai Tuan Guruku,apakah gerangan
"Doa Pelindung Diri" yang telah di ajari oleh Baginda Rasul s.a.w kepada Tuan Guru yang mana Tuan Guru telah enggan mengajarinya kepada Hajjaj bin Yusuf dahulu? Lantas Saidina Anas r.anhu telah menjawab... "Ya..Daku telah berkhidmat kepada Baginda Rasul s.a.w selama 10 tahun berturut2.Dan Baginda s.a.w telah pulang kepada Allah dalam keadaan Baginda telah redho dengan aku.Dan Baginda telah mengajari Daku Doa Pelindung Diri yang istimewa ini.Wahai muridKu..kini tiba masaKu untuk pulang kepada Allah.Dan Daku redho denganMu wahai muridKu...inilah doanya dan pesanKu,usahlah sama sekali Dikau ajarkan ia kepada sebarangan orang."


Nota Pemberitahuan:

Buat sementara waktu,untuk anda dapatkan mp3 bacaan Doa Saidina Anas r.anhu ini,maka sila email ke email murid_haji@yahoo.com,dengan tajuk "Mohon Kiriman Doa Saidina Anas r.anhu" kemudian,insya Allah murid haji akan emailkan kepada anda mp3 bacaan doa tersebut.
-Jazaakumullaa hu khairan ahsanal jazaa'-



Tiada ulasan: