Jumaat, 9 Oktober 2009

Solat Hajat Nabi Allah Khidhir a.salam

Pengenalan Sembahyang Hajat Nabi Khidhir:

  • Sembahyang Hajat ini dikenali dgn nama "Sembahyang Hajat Nabi Khidhir" ialah kerana ianya telah di ajarkan oleh Nabi Allah Khidhir kepada seorang Ahlullah(yakni wali Allah)ianya termaktub di dalam kitab bayadh imam syafi'e r.alaih.
  • Kata Ahlullah tersebut bahawa seribu satu (1001) macam hajat kami,dgn berkat sembahyang hajat berpandukan kaifiat yang di ajarkan oleh Nabi Allah Khidhir a.salam ini telah Allah perkenankan.
Kaifiatnya adalah seperti berikut:

  1. Dirikan sembahyang hajat dua rakaat(macam biasa).
  2. Dalam raka'at pertama,Selepas fatehah baca lah Qulya (surah Al-Kafirun) sebanyak 10 kali.
  3. Dalam raka'at kedua pula,selepas membaca fatehah,bacalah pula Qulhu (yakni surah ikhlas) sebanyak 11 kali.
  4. Selepas selesai memberi salam maka bersujudlah semula dan bacalah dalam sujud tadi:
  • Subhaanallaah,wal hamdulillaah,wa laa ilaa ha illallaa hu wallaa hu akbar 10 kali.
  • Selawat(dgn mana mana selawat pun boleh) 10 kali.
  • "Robbanaa aatinaa fiddunyaa hasanah wa fil aakhirati hasanah wa Qinaa 'adzaabannaar..." 10 kali.
Setelah itu,panggungkanlah (angkatlah) kepala semula.Dan mulakan lah memohon doa apa yang anda inginkan,insyaAllah akan tertunai.

Yakin dan istiQamah adalah syarat penting.

Dipetik dari Kitab "Bayaadhu-Muhammadi"



Tiada ulasan: