Sabtu, 17 Oktober 2009

Untuk Anak Gadis/Wanita Agar Segera Mendapat Jodoh

Ayat yang ke 24 dari surah Al-Qoshosh yang lafaznya bermula seperti berikut:

رَبِّ اِنِّيْ لِمَآ اَنْزَلْتَ اِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ
"Robbi innii limaa anzalta ilayya min khoirin faQiir..."


Cara mengamalkannya ialah:

  • Tetapkan satu masa yang khusus,dimana fikiran anda free dari fikiran2 luar.Sebaik-baiknya ialah seelepas isyak.Dalam keadaan berwudhuk,sambil mengadap ke arah kiblat.
  • Mulakan dengan beristighfar terlebih dahulu sebanyak 25 kali.Dengan perasaan menyesal dari segala dosa yang telah terlaku dan berazam tidak mahu mengulanginya kembali.Kemudian wiridkanlah/bacalah ayat di atas sebanyak 112 kali.Kemudian...
  • Bacalah surah Adh-Dhuhaa(yakni Wadhdhuhaa wallaili idzaa sajaa..) sebanyak 3 kali.

Ianya diamalkan selama sebelas (11) hari pertama daripada setiap bulan

(perkiraan islam) selama 3 bulan berturut-turut.

Syarat-Syarat Yang Penting Untuk Mendapatkan keberkesanan Sesuatu Amalan Ialah:

  • Yakin bahawa "dalam amalan,ada janji Allah.Dibelakang janji-janji Allah,ada QudratNya."

Contoh Untuk Mudah faham kata2 Di atas:

Sila faham bahawa

"bersama anggota polis ada "janji/bantuan kerajaan" bersamanya.
Di belakang janji kerajaan,ada tersiratnya kuasa kerajaan."

  • Yakin bahawa "Berlakunya sesuatu,yang berlawanan dgn pengalaman @ pandangan mata kasar @ logik manusia,adalah satu perkara yang mungkin terjadi.Akan tetapi berlakunya sesuatu yang bersalahan dengan apa yang Allah janji,adalah mustahil sama sekali."

Dengan itu,kita akan

  • tekun dalam melakukan sesuatu amalan yang telah kita mulakan.
  • tidak akan menggelabah dengan sebarang situasi yang datang menduga.
  • tidak akan malu-alah @ berputus asa dalam terus melakukan amalan yang di buat, bilamana di uji dengan situasi yang berlawanan dengan apa yang kita hajati.

Dengan itu "Pertolongan Allah" pasti akan datang menenteramkankan hati kita.

Amalan Ke 2:
Jika sekiranya anda ada berkenan(yakni terpaut hati)dengan seseorang,anda ingin dia menikahi anda.Tetapi anda dapati,ada halangan yang melintang,maka amalan agar halang yang melintang tadi terungkai dan ianya bertukar menjadi mudah,maka langkahnya adalah seperti berikut ini:

  • Selepas setiap solat fardhu,anda wiridkan Doa yang pertama yang telah di sebutkan di atas sebanyak 11 kali sahaja.Tetapi setiap kali bacaan anda sampai kepada lafaz "faQiiir"anda sebutkan dengan memanjangkan "faQiiiiiiiiiiiiir" sambil membayangkan segala halangan dan rintangan yang anda hadapi,dalam maksud anda yang murni tiu,seperti 1)Ketiadaan Wang Belanja Untuk Nikah 2) Keluarga anda atau keluarga si dia tidak setuju dan sebagainya.
  • Kemudian anda susuli dengan membaca doa Nabi Allah Ya'kub yang berikut ini sebanyak 11 kali juga...

إِنَّمَآ اَشْكُوْا بَثِّيْ وَحُزْنِيْ إِلَى اللهِ

" innamaa asykuu batstsii wa huzniii ilallaah..."

Ertinya:

"Daku hanya sanya mengadukan hal gundah-gulana besar dan juga duku citaku kepada Allah”

Nota:

Sebarang pertanyaan,bolehlah anda tel ke no saya yang tertera disebelah ataupun emailkan kepada saya(murid haji) ke murid_haji@yahoo.com.



Wabillaahit taufiiQ..Wallaa hul musta'aan.

Tiada ulasan: