Ahad, 11 Oktober 2009

Sembahyang Hajat Kecemasan

Adalah di sebutkan di dalam kitab "Bayaadhu Muhammadi" bahawa ada seorang Ahlullah(Wali Allah) yang menghidapi penyakit yang sukar sembuh.Maka di suatu malam dia telah bermimpi bertemu dgn Nabi s.a.w.(di pendekkan cerita) setelah beliau mengadu hal keadaannya kepada Nabi s.a.w.Baginda pun mengajari beliau satu cara sembahyang hajat yang dgn berkatnya penyakit tegar yang beliau hidapi telah sembuh sama sekali.-selesai kesahnya-

TashdiiQ dari hati kita:

Benarlah segala apa yang telah di firmankan oleh Allah dan di sabdakan oleh RasulNya


Cara Sembahyang tersebut ialah berikut:
  • Dirikan 2 rakaat sembahyang dgn niat sembahyang hajat.
  • Bacaan surah selepas surah fatehah dalam setiap rakaat adalah terpulang kepada anda sendiri,mana yang mudah bagi anda.(yakni nak baca surah apa pun boleh,tiada surah yang di khususkan.)
  • Dalam setiap kali sujud,selepas membaca tasbih dalam sujud,maka bacalah "AYAT KARIIMAH"(yakni doa Nabi Yunus Di kala di dalam perut ikan selama 40 hari) sebanyak 40 kali.Yakni dalam setiap kali sujud di baca doa Nabi Yunus (ayat Kariimah) itu sebanyak 40 kali. ( 40 kali x 4 kali sujud dalam 2 rakaat = 160 kali tasbih di baca.)
  • Selepas selesai solat,ada baiknya beristighfar dulu sebanyak 25 kali.Kemudian barulah
  • Mulakan munajat kepada Yang Maha Menunaikan,bentangkan segala hajat dan hasrat anda kepada Yang Maha Mendengar.
Nota Motivasi:

Ada seorang hamba Allah dari pasir gudang,Johor,amalkan sembahyang hajat ini,dengan berkatnya,kencing manis beliau telah sembuh.


{dari pengarang blog}

Tiada ulasan: