Khamis, 8 Oktober 2009

Pengertian "Doa Di Terima"

  • Dalam firmanNYA iaitu: "ud'uunii astajib lakum" ertinya "Wahai hamba2KU!mohonlah doa kepadaKU, nescaya Ku perkenankan permintaanmu"

Allah telah memerintahkan kepada hamba2nya agar memohon doa kepadaNYA.Dan Allah telah berjanji untuk menerima permohonan si hamba tadi.
  • Allah menyintai hamba yang memohon doa,meminta minta dari Allah dan Allah murka dgn hamba yang tidak memohon doa meminta dariNYA. (mafhum hadis)
Mafhum sabdaan Baginda Rasul s.a.w mengenai kelebihan berdoa ialah :
  1. "Demi ZAT yang nyawaku di tangannya doa seorang yang beriman,pasti sekali di terima oleh Allah
  2. Doa si hamba sentiasa di terima oleh Allah,selama mana dia tidak "ber sti'jaal". Para2 sahabat bertanya,apakah maknanya yang seorang hamba itu beristi'jaal di dalam memohon doa kepada TUHANnya? Jawab BAGINDA "iaitu dia mula berkeluh kesah "ahh!sudah lama daku memohon doa,tetapi masih juga belum diterima" Maka di saat itu,terhentilah penerimaan doanya di sisi Allah.
  3. Barangsiapa yg telah di beri oleh Allah taufiQ untuk memohon doa kepadaNYA, maka *sesungguhnya pintu rahmat Allah telah di bukakan untuknya. [dalam riwayat lain di sebut: 1)*sesungguhnya telah di bukakan pintu syurga untuknya. 2) *Sesungguhnya telah di bukakan pintu ijaabah(yakni pintu penerimaan doa kepadanya.)-selesai-
  4. Didalam doa doa yang di mohon kepada Allah,yang paling Allah sukai ialah doa memohon ke'afiatan di dunia dan akhirat.
  5. Tidak ada sesuatu yang dapat menolak keputusan taqdir melainkan doa.Dan tidak ada yang dapat membuatkan umur seseorang itu diberkati oleh Allah,sehinggakan seakan2 ianya telah dipanjangkan,melainkan amalan yang soleh.
  6. Kata saidina Umar Al-Khaththab r.anhu bahawa "Daku tidak begitu runsing dgn penerimaan doaku apakah ia diterima atau tidak,akan tetapi apa yang daku runsingkan ialah apakah daku mendapat taufik untuk berdoa ataupun tidak.Kerana bila seseorang itu mendapat taufik untuk berdoa maka bererti Allah mahu menerima doanya,mahukan kebaikan untuknya." -selesai-
Oleh itu,marilah kita sama2 berazam untuk meluangkan masa hari-hari untuk bermunajat kepada Allah Yang Maha Esa
  • Mulakan dgn 5 minit sekurang2nya,pada selepas tiap2 sembahyang fardhu.
Di antara waktu-waktu Yang Di sebut Secara Penekanan Mengenai
Penerimaannya ialah:
  1. Pada bahagian akhir malam (yakni waktu tahajjud bahagian akhir malam)
  2. Diantara azan dan iQomat
  3. Selepas setiap sembahyang fardhu.
  • Menanti dgn sabar akan perlaksanaan Allah terhadap doa yang telah di minta/mohon oleh kita itu adalah satu ibadat disisi Allah.
Para ulamak mengatakan bahawa erti "doa itu telah di terima/mustajab" ialah 5 perkara.

  1. Apa yang di minta oleh si hamba itu sudah sesuai untuknya dan Untuk di berikan kepada si hamba tadi dengan segera pun sesuai baginya,maka apa yang telah di pinta tersebut akan segera di perolehi oleh si hamba tadi.
  2. Apa yang di pinta oleh si hamba tadi,memang sesuai untuknya.Akan tetapi untuk di berikan kepadanya dengan segera tidak sesuai baginya.Maka apa yang di pinta itu akan di perolehi secara perlahan lahan,beransur-ansur. Keterangan Penting: Haruslah di fahami bahawa Allah itu Maha Bijaksana.Setiap tingkah laku Yang Maha Bijaksana pasti sekali tidak akan sepi/kosong sama sekali daripada sebarang hikmah kebaikan untuk si hambaNYA.Besar kemungkinan,dengan memberikan kepada si hamba pemohon tadi,akan apa yang di minta,dengan segera,akan membahayakan si hamba itu sendiri.
  3. Apa yang di pinta oleh si hamba itu tidak sesuai baginya.Malah sebaliknya (lawan kepada apa yang di pinta itu)lebih sesuai untuknya.Maka "A" yang di pinta,"B" yang di anugerahkan. Contohnya: Isteri kepada imran a.salam,iaitu ibu kepada siti mariam a.salam telah bernazar kepada Allah,bahawa "Dikau kurniakanlah kepadaku seorang putera,agar dapat ku wakafkan beliau untuk berkhidmat di rumahMu,masjidil aQsha." Namun yang Allah kurniakan kepada beliau bukannya putera,malah puteri.Kerana puteri lebih baik baik baginya sebabnya Allah bakal menjadikan beliau ibu kepada Nabi Isa a.salam.
  4. Apa yang dipinta oleh si hamba tadi Allah jadikan ia sebagai tebusan bagi menolak bala musibah yang bakal menimpanya.
  5. Apa yang dipinta oleh si hamba tadi Allah tidak tunaikan ianya di dunia,akan tetapi Allah simpan habuan balasannya di akhirat. Sambung Rasulullah lagi.. "Kelak di akhirat,Allah akan memanggil si hambanNYA.dan akan bertanya kepadanya "tidakkah DAKu telah memerintahkan kepadamu agar memohon doa kepadaKU?" Sahut si hamba "bahkan ya Allah Daku telah pun memohon".. Maka Allah akan perlihatkan satu persatu, bagaimanakah Allah telah memperkenankan doanya.Setelah itu Allah akan berfirman lagi..."Apakah ada lagi doa-doamu yang belum diperkenan- kan?" Lantas si hamba akan berkata "bahkan ya Allah..masih ada doa-doaKu yang tidak di perkenankan di dunia dulu..."Maka Allah akan berfirman kepadanya "sebagai habuan untuk doaMu yang tidak dipenuhi di dunia dulu,Daku sediakan untukmu sekian-sekian balasan".sambil menunjukkan kepadanya habuan yang telah Allah sediakan. Memandangkan balasan yang telah Allah sediakan untuk doa-doanya yang tidak Allah tunaikan sewaktu di dunia dulu,maka dia akan berhasrat didalam hati "Alangkah baiknya kalau satu pun doaKu tidak di perkenankan di dunia dahulu"
Kesimpulannya ialah:

  • Dalam apa jua keadaan,si pemohon doa tidak akan rugi sama sekali.
  • Andaikata ada lah satu cara untuk mengubah takdir maka doa lah jalannya.
  • Doa adalah otak/minda bagi ibadat.
  • Dengan selalu berdoa,seseorang itu akan semakin dekat dengan Allah s.w.t.Semakin seseorang itu rajin berdoa semakin dia dikenali oleh penghuni di langit.Bilama dia menadah tangan mula memohon doa maka akan riuh rendahlah malaikat-malaikat di langit memohon kepada Allah agar doa si hamba(yang selalu berdoa,yang dengan kerananya para malaikat telah mesra dengan suaranya) tersebut segera di layani dan di perkenankan.Jika orang yang jarang bermohon doa memohon doa,maka para malaikat agak kurang tertarik perhatian kepada doanya,memandangkan suaranya amat jarang sekali mereka dengari.
Amalan Yang Menjadikan Seorang Hamba Itu
Mustajab Doanya Disisi Allah:

Dari mafhum Hadis Nabi s.a.w bahawa

  • "barangsiapa yang dalam sehari semalam memohon keampunan untuk ummat Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 25 @ 27 kali,Maka dia akan menjadi hamba Allah Yang Mustajab/Masin doanya."
  • Tidaklah pernah sama sekali,seseoarang hamba Allah,memohon doa kepadaNYA dengan bertawassul dengan "Ayat-Kariimah"/Doa Nabi Yunus(yang Baginda wiridkan tatkala Baginda telah di telan ikan NuN),dan Allah tetap tidak memperkenankan doanya juga.
  • Apabila seseorang pemohon doa,di akhir doanya menyebut amin,amin,amin sebagai penutupnya.Maka doa yang telah di pohonkan tadi di cap oleh Allah sebagai "di terima" -selesai-
















Tiada ulasan: