Sabtu, 3 Oktober 2009

Ayuh!Jom Kita Renung Sejenak

اَلْحَمْدُ للهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مَنْ لاَّنَبِيَّ بَعْدَهُ،اَمَّا بَعْدُ

Ketahuilah wahai Saudara2ku yang beriman kepada Allah Yang Maha Berkuasa,Pencipta langit dan bumi bahawasanya
Gundah-Gulana @ tension bukanlah terjadi dgn sendiri..Malah ia adalah sejenis kaifiat hati yg menyelubungi hati sanubari manusia.Ia adalah satu kaifiat yg Allah datangkan kepada hati manusia bagi mengujinya.Inilah akidah keyakinan asas yg perlu kita semai dalam hati kita.
Seterusnya...ketahuilah kita bahawa Allah datangkan kaifiat tadi(yakni tension/gundag gulana)itu semata mata untuk menguji si hamba tadi.Allah ingin melihat apakah langkah yang di ambil oleh si hamba tadi dalam menangani masalah tension atau gundah-gulana yang menghantui fikirannya itu.

Kerana Allah telah pun berjanji dalam kitab suci Al-Quran bahawa DIA pasti akan menguji hamba2NYA dengan ketakutan,kelaparan,kekurangan harta dan kesihatan dan juga kekurangan hasil bumi.Dan sambungNYA lagi..Wahai kekasihKu Muhammad s.a.w..berilah berita gembira kepada mereka mereka yang bersabar.(Siapakah mereka mereka yang sabar itu??)iaitulah mereka mereka yang bilamana ditimpa sebarang ujian maka mereka akan berkata "sesungguhnya kami ini adalah milik Allah..dan sesungguhnya kami ini,dalam apa jua situasi keadaan kami(baik suka maupun duka)tetap pulang mengadu kepada Allah jua."

Oleh itu,lumrahnya,manusia akan mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang di hadapi olehnya itu..sama ada dia akan

  • mengikut jalan akal fikirannya(logik akalnya) atau dia akan
  • mengikut jalan penyelesaian yang telah di berikan oleh Allah dan RasulNya s.a.w

apa yang perlu difahami/di renungi betul2 ialah akal fikiran manusia ini tersangatlah cetek.silalah merenungi keterangan di bawah ini.
Adalah dikatakan oleh alim ulamak bahawa Allah telah menurunkan dan membahagi2kan"akal fikiran" itu kepada
100 bahagian.

  • 99% Allah berikan hanya kepada Baginda Muhammad s.a.w seorang sahaja.Manakala
  • 1% lagi di kongsi oleh kesemua manusia didunia ini.

yang mana di dalamnya ada manusia biasa dan di dalamnya juga ada para2 Anbiya'(yakni Nabi2 dan Rasul2 utusan Allah) -(selesai)

"Perkara Yang Harus Difaham" di sini dgn penuh teliti ialah:

Maka kita tidak boleh sama sekali menyamakan Para-para Anbiya' dan manusia biasa di dalam mendapat bahagian akal fikiran daripada Allah s.w.t.Tidak dapat,tidak..kita mesti bahagikan ia(yakni akal fikiran yg baki hanya 1% lagi ni)kepada 4 bahgian.3/4 di miliki oleh Para2 anbiya' manakala 1/4 pulak di miliki oleh seluruh manusia yg lain dari Nabi Adam sampai ke hari kiamat.
Didalamnya(yakni di dalam 1/4 daripada 1% akal fikiran tadi)terkandungnya akal fikiran seluruh para cendiakawan2 dunia seperti:

  • ahli2 sains dan teknologi
  • profesor2 dan para pensyarah
  • dan golongan mana sahaja yang di anggap cerdik pandai oleh penilaian dunia.

Jadi masa kan kita boleh mempertikaikan kenyataan atau pedoman yang di berikan oleh seorang manusia yang Allah berikan kepadanya 99% bahagian akal???

Bila kita nak cuba cuba juga untuk ikut akal logik kita,maka mula lah timbul kacau bilau dalam kehidupan kita.Mula lah timbul kenyataan kata "bila terdesak maka boleh melacur diri"
Apa akan terjadi??Akibatnya..

  • Manusia akan hilang pertimbangan.
  • Hilang pegangan dan pedoman
  • Berpelajaran tinggi tapi menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan.
  • Sifat sifat kebinatangn mula manusia pandang baik..Mula dianggapnya ia adalah ciri2 moden. Seperti makan berdiri mula di anggap baik,kencing berdiri mula di anggap tanda kita moden.

Persoalannya ialah:

ianya berpunca dari manaaa????tak lain tak bukan ia berpunca daripada

  1. bilamana Allah dan Rasul di belakangkan...
  2. Logik akal di jadikan pedoman.
  3. "Orang Barat"dijadikan idola dan ikutan serta kiblat kita!Begitu sekali kita mengikut,sehinggakan jika mereka masuk lubang biawak pun kita tanpa segan silu lagi dah bersiap sedia untuk turut masuk kesana.Malah berbangga lagi! Betapa butaanya hati kita wahai SaudaraKu!!!


Renungilah baik2 wahai saudara2Ku yang berakal waras...Di mana kah kita sedang menyimpaaaanggg????!!!

Ketahuilaaaaahhhh!!!!

tidak pernah ada,tidak ada dan tidak akan ada lagi dah,sampai bila2,selama2nya

  • Teman Pendamping Yang kesetiaannya melebihi dari Allah dan RasulNya
  • Teman Pendamping Yang inginkan kebaikan untuk kita melebihi dari Allah dan RasulNya.
  • Teman Pendamping kita yang lebih berjasa kepada kita melebihi daripada Allah dan RasulNya.
  • Teman Pendamping Yang lebih mengetahui fomula kejayaan bagi kita untuk kehidupan yang sementara ini dan juga kehidupan yang kekal selepas mati,melebihi dari Allah dan RasulNya.

Oleh ituuu....

Kenapa kita masih tidak mahu kembali

  • Setia kepada Allah dan RasulNya?
  • Berpegang dgn dengan ajarannya?

Malah masih mahu terus menta'ati syaitan

  • Yang telah bersumpah di depan Allah bahawa "Demi kemuliaanMu Ya Allah,Demi sesungguhnya Daku pasti sekali akan menyesatkan kesemua mereka"
  • Yang hidupnya adalah semata2 untuk menderhakakan kita kepada Allah dan Rasulnya?

Apakah sebabnya kita jadi begini??

  • Kerana...kita org yang beriman,kini imannya hanya tinggal nama sahaja.Tidak lagi iman kita ini mempunyai sifat sifat iman...

Kenapa???

  • Kerana Usaha atas iman(yang mana ianya adalah fardu ain keatas setiap mereka yang mukallaf) kini telah lama di tinggalkan oleh kita.Yang mana,akibatnya kita keliru,sifat nifaQ,kita sangkakan ianya sifat iman.
  • Sifat iman tidak wujud dalam diri kita pun kita tidak risau lagi dah.



Penawar Bagi Penyakit Runsing/Tension/Gundah-Gulana dan Bagi Meluaskan Kesempitan Hidup


Mahukah anda,

  • Kerunsingan,tensoin dan Gundah-Gulana anda terhapus sama sekali?
  • Kesempitan anda diperluaskan?
  • Anda mendapat rezki dari sumber yang tidak di sangka2?

untuk itu,tidak perlu mengisi sebarang borang @ membuat sebarang pemohonan kepada mana2 badan kebajikan...

Habissss..apa yang diperlukan???


yang di perlukan ialah:
Dalam melakukan amalan yang bakal di beritahu kepada anda ini khususnya dan umumnya dalam kesemua amalan ketaatan kepada Allah.Anda perlu memupuk sifat sifat berikut:

  1. Keimanan Yg Betul Kepada Allah.
  2. Berpandukan Cara Nabi s.a.w
  3. Ikhlas semata mata kerana Allah
  4. Yakin pada apa yang Allah janji nak bagi
  5. Kosenterasi(yakni tawajjuh) yang kuat kepada Allah.
  6. Mujahadah nafsu(yakni melawan sebarang kehendak hawa nafsu dalam melakukan sebarang amalan tadi)


Amalan Penawar tersebut yg pertama ialah:

  • Memperbanyakkan istighfar sekurang2nya 300 kali. dalam masa 24 jam.

Kerana,menurut kata para ahlullah(yakni mereka yang ahli dalam amalan perhubungan dgn Allah) ialah minimum kategori banyak ialah 300 kali.

  • Istighfar dgn lafaz/riwayat yang mana mana sahaja pun boleh.

Janji Allah dan RasulNya di dalam amalan ini ialah:

Mafhum sabdaan Baginda Rasul s.a.w:

"Barangsiapa yang memperbanyakkan beristighfar memohon ampun kepada Allah,nescaya sudah pastilah Allah s.w.t akan

  1. membuka jalan keluar untuknya daripada belenggu segala jenis kesempitan,Dan Allah s.w.t akan
  2. membuka jalan keluar untuknya daripada segala jenis tension/gundah gulana dan Allah pasti sekali akan
  3. memberi rezQi keperluan baginya dari sumber yang tidak di sangka2..."


Lafaz istighfaar yang mudah,antaranya adalah seperti berikut:

  • Astaghfirullaah
  • Astaghfirullaahal 'adhziim
  • Astaghfirullaaha robbii minkulli dzambinw wa atuubu ilaaih
  • Astaghfirullaaha innallaa ha ghofuurur rohiim

Kesannya adalah di jamin oleh Kerajaan Pencipta langit dan bumi,tetapi syaratnya ialah:

  • Kenalah batul2 yakin dengan janji2 Allah dan RasulNya s.a.w,bukan hanya sekadar mahu cuba2 dahulu.Kerana tanpa seseorang itu yakin pada apa yang Allah janjikan dalam sesuatu amalan,maka
  1. Dia tidak akan istiqamah sama sekali dalam melakukan sesuatu amalan tersebut.
  2. Allah tidak akan tunaikan janjiNYA terhadap si pengamal tadi.
  3. Dia tidak akan di ganjari pahala terhadap melakukan amalan tadi.
  4. Allah tidak akan terima sama sekali amalannya.

Amalan Penawar tersebut yg kedua ialah:

"Laa hawla walaa Quwwata illaa billaa hil 'aliyyil 'adhziim"
(boleh juga jika sekadar "Laa hawla walaa Quwwata illaa billaah")

Kerana menurut mafhum sabda Baginda Muhammad "ShoodiQul amiin" s.a.w bahawa :

"ia adalah penawar bagi 99 jenis penyakit yang mana,di dalam 99 jenis tadi,yang terlekeh sekali/yang paling ringan sekali ialah kerunsingan yang sebangsa dgn penyakit gila"












Tiada ulasan: