Rabu, 16 Mac 2011

Apakah Fungsinya Susah Hati & Gundah -gulana Serta Tension Bagi Orang Yang Beriman???

Ketahuilah,wahai saudara-saudaraku,bahawasanya kita selaku makhluk yang bernama manusia, saban hari,ada sahaja dosa-dosa yang terlaku, baik sengaja maupun tidak.Yang disedari maupun tanpa disedari. Sese-tengahnya terampun melalui amalan kebaikan yang dikerjakan. Umpama nya,bila terasa bersalah,langsung si hamba memohon ampun kepada Sang Pencipta Yang Maha Esa.Namun gara-gara lalai,ada juga ketikanya si hamba lupa,leka serta lalai ataupun langsung rasa tidak bersalah terhadap dosa yang di lakukan.Contohmya seperti mengupat.
Apakah itu mengupat??
tak lain,tak bukan iaitulah satu kata-kata yang benar lagi betul,yang diungkapkan,yang mana jika si tuan tubuh orang yang di umpati itu tahu,tentu sekali dia akan marah atau setidak-tidaknya hatinya akan terluka.Oleh itu,kata-kata yang benar lagi betul itu tetap mendatangkan dosa.Kerana cara ianya diungkap dapat mengguris hati seorang mukmin, bilamana dia(orang yang di umpat tadi) mengetahuinya.
Sebagai contoh:
si amira bercerita kepada rakannya suzana mengenai kawan seorang lagi iaitu syakila dibelakang syakila (yakni tanpa di ketahui oleh si syakila )

“Eh engkau tahu tak zana,si kila tu,nampak je cantik,tapii pemalas yang teramat!!duduk sebilik dgn aku,semua kijer aku yg nak kena buat.Lepas makan,nak harap dia basuh pinggan yang dia guna untuk makan pun, jangan di harap!heeeeeeeeeeee...tension betul arr aku dgn dia kau tahu??
Renungan Bersama:
pada hakikatnya ia adalah perkara yg 100% benar tanpa was-was lagi. Namun siapa sangka bahawa ia adalah kata-kata yang membuatkan si amira (si pengupat) & suzana (si pendengar umpatan) telah berdosa kerana mengumpati si syakila.jadi,akibatnya ialah pahala amalan kebaikan orang yang mengumpat dan juga orang yang mendengar umpatan tadi,Allah  transferkan ia,cut-paste kan ia ke akaun amalan syakila.Jika mereka berdua tiada memiliki amalan yang secukupnya maka,apa yang terjadi?Dosa si syakila pula akan di cut-paste/transferkan ke akaun dosa mereka(amira & suzana) berdua.

·       Ketahuilah bahawa dosa mengupat tiada kemaafannya pada sisi Allah malah ianya ada pada sihamba yang di umpati tersebut. Kerana ia adalah hak hamba Allah yang telah di abaikan.Dalam aspek HAK SI-HAMBA,jika si-hamba itu,memaafkan orang yang berdosa terhadapnya barulah Allah juga akan memaafkannya jika tidak Allah tidak akan memaafkannya.

Peringatan:
Tentang perbahasan mengupat ini,silalah bertanya kepada alim -ulamak (yakni ustaz -ustaz yang warak,serta istiQamah pengamalan agama dalam hidupnya,bukan dari ustaz modern atau ustaz rock,ok).Bila anda tanya 1 bab dari hal masalah agama kepada Alim-Ulamak,sama ada anda dapat beramal dgnnya ataupun tidak, maka anda Akan Allah ganjarkan pahala 1000 raka’at sembahyang sunat.
(hasil dari mafhum hadis Nabi saw.)

Lantaran itu,Allah Yang Maha Penyayang tetap mencari bahana(alasan sebab) untuk mengampuni si hambaNYA itu.Lalu,jika sihamba itu membuat amalan,maka dosa demi dosa akan terus terampun.Namun ada juga dosa-dosa yang belum terampun kerana kualiti amalan si hamba itu yang kurang atau amalannya belum cukup untuk menjadi asbab kifarah bagi dosa-dosanya itu.Lalu Allah campakkan si hamba tadi dalam kancah kesusahan,gundah-gulana tension dan sebagainya. Mafhum sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh imam ahmad bin hambal dgn sanad yang hasan bahawa Saidatina Aisyah r.anha berkata bahawa Nabi saw telah bersabda

اِذَا كَثُرَتْ ذُنُوْبُ الْعَبْدِ،فَلَمْ يَكُنْ لَّهُ مِنَ الْعَمَلِ مَايُكَفِّرُهَا، اِبْتَلاَهُ اللهُ بِالْحُزْنِ لِيُكَفِّرُهَا عَنْهُ *
“Apabila dosa-dosa si hamba telah menjadi banyak,dan dia tiada memiliki amalan-amalan yang boleh menjadi pelebur dosa-dosanya,maka Allah pun tmpakan keatasnya ujian gundah-gulana/susah-hati/tension agar ianya dapat menjadi pelebur bagi dosa sihamba tadi”

Tiada ulasan: