Untuk Lelaki(suami):
Dapatkan 41 biji lada hitam dan 41 biji bunga cengkih kemudian bacakan ayat ke 47 dari surah Adz-dzaariat yang berbunyi
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ*
وَالسَّمَآءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَّإِنَّا لَمُوْسِعُوْنَ
Sebanyak sebanyak 41 kali lalu ditiupkan ke bahan-bahan tadi.Dan buatkan juga 41 keping kertas yang ditulis padanya(yakni pada setiap satu keping kertas tadi) ayat diatas.
Cara Penggunaannya ialah:
Setiap hari selama 41 hari berturut-turut,Waktu nak tidur malam,si suami makan(kunyah) sebiji hitam dan sebiji bunga cengkih kemudian,jilat sekeping kertas yang telah dituliskan ayat ke 47 tadi.Dan jangan minum air setelah itu.
Peringatan:
Seelok-eloknya,bila tulis ayat ke 47 dikertas,gunakanlah tinta(dakwat) zakfran.ataupun pewarna yang tidak beracun(yakni boleh dimakan,seperti pewarna yang biasanya dimasukkan/ dicampur kedalam makanan).
Untuk si isteri pula:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ*
وَاْلأَرْضَ فَرَشْنَاهَا فَنِعْمَ الْمَاهِدُوْنَ
dan tiupkan ke bahan-bahan tadi.
Tuliskan juga ayat ke 48 diatas ke 41 keping kertas juga sepertimana ramuan untuk lelaki tadi.
Gunakan ramuan untuk wanita ini sepertimana untuk lelaki juga.
Peringatan:
Seelok-eloknya,bila tulis ayat ke 48 dikertas,gunakanlah tinta(dakwat) zakfran.ataupun pewarna yang tidak beracun(yakni boleh dimakan,seperti pewarna yang biasanya dimasukkan/ dicampur kedalam makanan).
Peringatan Penting:
Bagi si isteri yang datang uzur bulan.Sila berhenti dahulu dan sambung pengamalannya selepas tamat uzur bulan.
Sudilah hendaknya,apabila anda selesai baca blog ini,anda doakan daku,si pengarang blog ini dengan doa berikut:
Semoga Allah balasi jasa baik anda dgn balasan sebaik-baiknya dari sisiNYA, Amin,amin,amin. Ya Allah.
Al-Faqir,
murid haji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan