Khamis, 16 September 2010

Penawar Mandul

Untuk Lelaki(suami):

Dapatkan 41 biji lada hitam dan 41 biji bunga cengkih kemudian bacakan ayat ke 47 dari surah Adz-dzaariat yang berbunyi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ*

وَالسَّمَآءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَّإِنَّا لَمُوْسِعُوْنَ

Sebanyak sebanyak 41 kali lalu ditiupkan ke bahan-bahan tadi.Dan buatkan juga 41 keping kertas yang ditulis padanya(yakni pada setiap satu keping kertas tadi) ayat diatas.

Cara Penggunaannya ialah:

Setiap hari selama 41 hari berturut-turut,Waktu nak tidur malam,si suami makan(kunyah) sebiji hitam dan sebiji bunga cengkih kemudian,jilat sekeping kertas yang telah dituliskan ayat ke 47 tadi.Dan jangan minum air setelah itu.

Peringatan:

Seelok-eloknya,bila tulis ayat ke 47 dikertas,gunakanlah tinta(dakwat) zakfran.ataupun pewarna yang tidak beracun(yakni boleh dimakan,seperti pewarna yang biasanya dimasukkan/ dicampur kedalam makanan).

Untuk si isteri pula:

Dapatkan bahan yang sama dgn bilangan yang sama seperti bahan-bahan untuk rawatan si suami.

Bacakan ayat ke 48 dari surah Adz-Dzariyaat,sebanyak 41 kali juga iaitu:



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ*

وَاْلأَرْضَ فَرَشْنَاهَا فَنِعْمَ الْمَاهِدُوْنَ

dan tiupkan ke bahan-bahan tadi.

Tuliskan juga ayat ke 48 diatas ke 41 keping kertas juga sepertimana ramuan untuk lelaki tadi.

Gunakan ramuan untuk wanita ini sepertimana untuk lelaki juga.

Peringatan:

Seelok-eloknya,bila tulis ayat ke 48 dikertas,gunakanlah tinta(dakwat) zakfran.ataupun pewarna yang tidak beracun(yakni boleh dimakan,seperti pewarna yang biasanya dimasukkan/ dicampur kedalam makanan).

Peringatan Penting:

Bagi si isteri yang datang uzur bulan.Sila berhenti dahulu dan sambung pengamalannya selepas tamat uzur bulan.

Permintaan Kepada Para Pembaca Yang Budiman:

Sudilah hendaknya,apabila anda selesai baca blog ini,anda doakan daku,si pengarang blog ini dengan doa berikut:

"wahai Allah,ampunilah segala salah-silap pengarang blog ini dan ampunilah juga segala dosa-dosanya."

Atau hadiahkan sahaja Al-Fatehah kepada kepadaku.

Semoga Allah balasi jasa baik anda dgn balasan sebaik-baiknya dari sisiNYA, Amin,amin,amin. Ya Allah.

Al-Faqir,

murid haji.



Sabtu, 11 September 2010

Amalan Untuk Mendapat Anak/Zuriat

Wahai hamba Allah,

Haruslah kita faham bahawa,kita selaku hamba Allah,dalam setiap detik dan saat,sangat-sangat berhajat kepada Allah.tidak ada sedetik-sesaat pun dimana seseorang hamba Allah itu boleh mengatakan bahawa "aku tidak perlu kepada Allah".Oleh itu sewajarnyalah kita yang serba tidak berdaya ini,sentiasa memohon anugerahnya.Untuk merenung apa yang saya katakan ini,silalah klik karangan bulan oktober(16) 2009 yang berjudul

  • "Ayuh!jom kita renung sejenak"
  • "Pengertian doa diterima"

Pertama sekali,anda harus set dalam minda bahawa "walau apa terjadi,daku akan terus tetap mengamalkan doa munajat ini" kerana,jika kita amalkan sesuatu amalan dengan sikap ingin mencuba @ acuh tidak acuh @ sambil lewa(yakni kadang buat,kadang tidak) maka natijahnya (yakni resultnya) ialah kita akan hampa dalam munajat kita.

Hampa dalam Munajat??Kenapa??

kerana mafhum sabda Baginda Rasul saw:

  • Allah tidak melayan doa si hamba yang bermohon doa tetapi hatinya lalai(yakni tidak yakin terhadap janji Allah)
  • Doa seorang hamba sentiasa diterima oleh Allah selagimana dia tidak berkeluh kesah/merungut "aahh!! dah banyak kali minta pada Allah,tapi takder dapat-dapat puun!!" (ma'aadzallah3x)

oleh itu,sila baca dan faham betul-betul dulu karangan saya.yang saya maklumkan kepada anda diatas.Semoga Allah beri menafaat yang banyak untuk kita,amin3x...

Berikut saya sebutkan antara amalan-amalan untuk mendapat zuriat.Semoga ianya mendatangkan menafaat besar kepada saudara seislam kita.

Pertamanya:

Wiridkan Doa Nabi Yunus iaitulah "Laa ilaaha illaa anta subhaanak,innii kuntu minadhzoolimiin" sebanyak 41 kali.

Kelebihannya:

  • Biar pun (kerana gara-gara melakukan dosa yang banyak atau berterusan) sudah berapa renggang sekalipun hubungannya dgn Allah,sudah berapa jauh sekalipun dia terpisah daripada Allah,namun dgn berkatnya Allah menyingkap kembali tabir pemisah antaraNYA dgn sihamba tadi dan memberi tumpuan kepada si hamba yang berkenaan.
  • Menurut mafhum sebuah hadis Nabi saw "belum pernah,seseorang hamba memohon doa kepada Allah melalui perantaraan doa ini ,dan Allah abaikan permintaannya"
  • Ianya adalah ismul a'dhzom(menurut sebahagian ulamak)yang mana dgn memohon doa kepada Allah dgnnya,maka doa sihamba sama sekali tidak akan di abaikan oleh Allah swt.
Keduanya ialah:
Beristighfar kepada Allah sebanyak 100 kali.
(dengan lafaz istighfar yang mana-mana satu pun boleh sahaja) antaranya ialah:
  1. Astaghfirullaa ha innallaa ha kaa na tawwaabaa.
  2. Astaghfirullaa ha robbii minkulli dzambinw wa atuubu ilaaih
(sila tel perdengarkan bacaan istighfarnya kepada saya atau mana2 org alim agar bacaannya tidak tersilap dan tersasar)

Kelebihan istighfar yang berkaitan dengan masalah tak da zuriat ini ialah:
  • Janji Allah dalam surah NUH bahawa "beristighfarlah kamu memohon ampun kepada Allah,(kerana sesungguhnya DIA adalah zat Yang Maha Pengampun.Dengan kamu beristighfar memohon ampun kepadaNYA,maka DIA akan menurunkan hujan kepada kamu,DIA akan membantu kamu dgn harta dan juga dgn (memberi kamu)anak-anak lelaki,DIA akan menyuburkan tanah ladang kamu dan DIA akan mengalirkan sungai-sungai kamu"
  • Mafhum sabda Nabi saw "Barangsiapa biasakan diri dgn memperbanyak istighfar,maka Allah pasti sekali akan meluaskan segala kesempitannya,menghapuskan segala gundah gulananya dan memberi rezki kepadanya dari sumber yang tidak diduga-duga." Renungan: tidakkah zuriat itu termasuk rezki anugerah Allah???Sudah tentu sekalilah,bukan???Jadi dengan memperbanyakkan istighfar maka Allah akan anugerahi rezki yang kita hajati tersebut.Maha suci Allah dari memungkiri janjiNYA.
Ketiganya ialah:
Wiridkan Doa Nabi Zakaria 100 @ 70 @ 40 kali,yang Baginda telah mohon dikala Baginda sudah menjangkau usia tua dan Baginda masih belum lagi mempunya zuriat.Iaitulah:
"Robbi laa tadzarni fardanw wa anta khoirul waarithsiin"
Ertinya:
"Wahai Allah...Usahlah Dikau terus membiarkan daku sebatang kara tanpa DIKAU temankan daku dengan zuriat anugerahMu ya Allah"

Kelebihannya ialah:
ianya adalah sejenis doa yang pernah terbit dari mulut seorang Nabi Allah.Maka tiada syak dan ragu-ragu lagi lah bahawa ianya(yakni doa dgn lafaz tersebut) adalah disukai oleh Allah.

Ringkasannya/Kesimpulannya ialah:
  1. Tetapkan satu masa,sebaik-baiknya ialah pada waktu tahajjud.Jika tidak,masa selepas isyak sebelum anda tidur malam.
  2. Usahakan agar dapat melaksanakan ia dalam keadaan berwudhuk,dan mengadap kearah kiblat
  3. Wiridkan 40 kali Doa Nabi Yunus kemudian Doa Nabi Zakaria 100 kali (ini khusus selepas isyak @ waktu tahajjud sahaja ).Dan Amalkan(yakni jadikan amalan tetap anda) istighfar 100 kali(minimum). Pada waktu tahajjud atau bila-bila masa sahaja.
Renungan bersama:
Haruslah kita faham dan yakin bahawa dalam setiap perintah Allah,ada janji Allah dan bersama janji Allah,ada Qudrat Allah.(yakni demi menunaikan janjiNYA,ALLAH akan menggunakan QudratNYA,walaupun ianya berlawanan sama sekali dgn logikal seluruh manusia.)

Sebarang pertanyaan @ kemusykilan,sila emailkan ke murid_haji@hotmail.com