Jumaat, 27 November 2009

Jika Kita Lihat Seseorang Ditimpa Musibah,Apa Yang Harus Kita Baca?

Jika sekiranya kita terpandang akan sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku,atau kita lihat seseorang hamba Allah di timpa bala musibah atau di jangkiti penyakit yang amat menakutkan maka sudah tentu sekali kita amat ingin sekali agar kita tidak di timpa dengan bala musibah atau mala petaka tersebut....Oleh itu Baginda Rasulullah s.a.w yang Allah telah utus kepada kita selaku pembimbing manusia,Baginda juga adalah tabib(yakni perawat) rohani bagi ummat manusia... dalam hal yang telah kita sebutkan di atas,Baginda ada mengajari kita,ummatnya jalan untuk selamat dari terkena atau di timpa bala musibah yang kita takuti tadi.
Mengenai doa tersebut Baginda telah bersabda yang mafhumnya "bilamana seseorang itu membaca doa tersebut tatkala melihat sesuatu bala musibah atau kemalangan yang berlaku atau menimpa seseorang itu,maka Allah s.w.t akan peliharai nya dari musibah yang yang di takutinya tadi dan dia tidak akan terkena lagi musibah/kemalangan tersebut

Berikut ini adalah doa yang telah di maksudkan oleh Baginda s.a.w itu.

"Alhamdulillaa hilladzii 'aafaanii mim mabtalaahu bihii..wa fadhdholanii 'alaa katsiirim mimman kholaQo tafdhiilaa..."
.
Ertinya:
"Segala puji bagi Allah yang telah meng'afiatkan daku daripada apa yang telah ditimpakan keatas orang itu dan telah memberi kelebihan
kepadaKu(yakni dengan memeliharai daku) dengan kelebihan yang banyak,daripada makhluk ciptaanNya."

Cara Membacanya ialah:

Dibaca pada tika dan saat kita melihat sesuatu yang tidak di ingini itu berlaku...

(Sebarang pertanyaan,sila hubungi Murid_Haji)



Khamis, 26 November 2009

Amalan Penawar Untuk Ziarahi Orang Sakit

Jika kita berpeluang untuk menziarahi orang sakit,maka mengenainya Baginda Rasulullah s.a.w ada mengajari kita satu doa yang dibaca ketika menziarahi orang sakit yang mana mengenai doa tersebut Baginda telah bersabda yang mafhumnya "Jika sekiranya orang yang kamu ziarahi itu,yang telah kamu bacakan doa ketika menziarahinya itu,masih belum tiba ajalnya,maka dengan berkat doa tadi,Allah pasti sekali akan menyembuhkannya."

Cara Membacanya ialah:
Dibaca di samping kepala {tidak di samping kepala pun boleh}pesakit sebanyak 7 kali.

Doanya adalah seperti berikut:

"As alullaa hal 'adhziim Robbal 'arsyil 'adhziim,an yasyfiaka"
(untuk perempuan pula harus di guna lafaz : an yasyfiaki)


Saranan Untuk Keluarga Pesakit:

Anda tuliskan doa ini dalam tulisan arabnya dan juga rumi nya(supaya yang boleh baca arab,dia baca arabnya dan yang hanya boleh baca doa dalam tulisan rumi,dia baca doa dalam tulisan rumi)Dan letakkan di samping pesakit anda.Dan setiap orang yang datang menziarahinya,tidak kira orang luar atau adik beradik,mintalah tolong agar mereka bacakan doa ini di samping pesakit anda sebanyak 7 kali.Dengan itu anda akan mendapat bekalan doa orang beriman yang banyak untuk penyembuhan bagi pesakit anda yang mungkin terdiri dari orang yang anda amat sayangi.
Dan hendaklah kita yakin bahawa doa-doa orang yang beriman tidak akan Allah abaikan begitu saja.

(sebarang pertanyaan,bolehlah anda mesejkan kepada Murid_Haji)